Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, February 22, 2009


MELATIH ANAK KE TANDAS

Bilakah masa yang sesuai untuk anak belajar pengurusan tandas? Kesediaan anak itu boleh dilihat menerusi beberapa petanda ringkas:

* Kekal kering selama beberapa jam setiap hari.
* Menunjukkan minat apabila anda, pasangan atau adik-beradik yang lain ke tandas.
* Mengalami sakit perut secara kerap pada bila-bila masa misalnya selepas bersarapan.
* Menunjukkan petanda ingin ke atas apabila anak mencangkung atau menghasilkan bunyi yang tidak enak.
* Memberi isyarat bahawa lampinnya sudah basah.

Bilakah masa sesuai ibu bapa patut bertindak memaksa anak belajar tentang penggunaan tandas? Mengajar anak tentang penggunaan tandas sewaktu berada dalam keadaan tertekan bukan satu idea yang baik. Antaranya termasuklah:

* Kehadiran orang baru dalam keluarga misalnya bayi.
* Memulakan sistem penjagaan anak yang baru.
* Pertukaran tempat tidur. Misalnya dari katil bayi ke katil sebenar.
* Pemindahan rumah.
* Masalah keluarga.
* Apabila ahli keluarga sakit.

Sunday, January 18, 2009

PERSEDIAAN MENJADI BAPA
Anda ingat suami tidak teruja untuk menimang anak…mereka juga sama seperti anda tidak sabar jadi ayah, bapa, abah…papa,daddy, abi,nyian…dsb..

berikut adalah tip persediaan bagi bakal-bakal lelaki yang akan bergelar bapa.

Belajar Dukung Bayi
Buang perasaan takut untuk mengendong bayi kerana bimbang anda akan mencederakannya.Minta bantuan ibubapa anda atau bidan, kerana sebaik sahaja bayi dilahirkan bagi yang muslim anda perlu mengazan/atau mengiqamatkan bayi anda.

Bersikap Positif dan sentiasa beri sokongan moral pada isteri.
Wanita yang baru bergelar ibu biasanya akan mudah menjadi sensitif dan emosinya tidak menentu, jadi anda harus bersedia.Apa yang anda perlu lakukan ialah bersabar, memahami dan membantu mereka dikala bayi membuat karenah dan si isteri sudah tidak menang tangan melayannya.isteri baru bersalin juga perlukan rehat secukupnya untuk kembali sembuh.

Beri galakan supaya Isteri menyusui bayi
Ada sesetengah wanita yang enggan member susu badan kepada bayi jadi anda perlu member dorongan agar mereka menyusukan bayi dengan susu badan kerana ia baik untuk bayi dan isteri. Menyusukan bayi sendiri dapat mengelakkan kanser ovary, melangsingkan badan dan menjadikan bayi kuat antibodinya.

Belajar uruskan bayi
Belajar menukar lampin bayi, memndikan mereka dan melayan karenah mereka sekali sekali sekala.ianya penting sekiranya isteri tidak sihat atau masih lemah.Dengan cara ini anda tidak panik sekiranya isteri tiada di sisi atau bila isteri masuk kerja semula dan ada urusan anda boleh lakukan sendiri dengan yakin.

Belajar menerima orang baru
Lelaki yang baru bergelar bapa juga tidak terlepas dari tekanan.hidupa serta merta berubah kerana tidur anda tidak lagi lena.bayi akan kerap terjaga di tengah malam kerana mahukan susu.Kawal emosi apabila isteri lebih menumpukan kepada bayi lebih dari anda.fahamilah bahawa bayi anda baru lahir dan perlukan lebih perhatian. Dan jangan sesekali menjauhkan diri dari mereka kerana berasa rimas. Sedari akan tanggungjawab anda dan Insya Allah segalanya menjadi mudah.

Elakkan merokok

Walaupun anda seorang perokok dan belum dapat berubah,tapi jangan sesekali meroko di depan bayi atau hamper dengan mereka.Asap rokok boleh menjejaskan bayi mahupun insa n-insan di sekeliling anda. Jika boleh, cepatlah berhenti dari tabiat itu.

Sunday, January 4, 2009


PANDUAN TURUNKAN PANAS BADAN ANAK

Sebagai ibu bapa kita perlu memberikan perhatian yang lebih sekiranya anak diserang demam panas. Suhu badan yang tinggi ini perlu diturunkan segera dengan pelbagai cara antaranya:

* beri anak makan ubat ikut masa yang ditetapkan.

* tanggalkan pakaian anak, jangan pakaikan anak pakaian tebal / stoking apabila demam panas.

* ambil air dan lapkan ke badan anak.ulangi lap badan lebih kerap jika panas masih tinggi terutamanya di bahagian ketiak mereka.

* pasang alat pendingin udara atau kipas dengan suhu sederhana supaya wap panas keluar

* Berikan mereka banyak minum air putih untuk menstabilkan suhu badan dan memberi mereka tenaga.

* galakkan mereka mandi dengan air suam.

KOMPLIKASI DEMAM

- Otak kanak-kanak yang belum matang boleh menyebabkan ia mudah tercedera dan boleh menjejaskan tumbesaran.

- tempoh demam yang dihidapi seseorang banyak bergantung kepada punca.

- bagi demam, selsema atau lebih dikenali sebagai demam biasa , bagi kebanyakan individu, tempoh demam tidak lebih daripada antara 3-4 hari.

- sekiranya demam melebihi dari tempoh itu, pesakit dinasihatkan supaya berjumpa doktor.

Saturday, December 13, 2008

PERSEDIAAN AWAL UNTUK HAMIL


Tips ini amat penting buat anda yang hendak mendirikan rumahtangga ataupun yang baru pertama kali ingin menimang cahaya mata. Semoga tips ini walaupun ringkas dapat memberi info berguna pada anda.
* Ambil asid folik
- ramai wanita kurang mengetahui kepentingan asid folik sebelum hamil.Ia membantu menghindarkan kecacatan pada bayi dan penting dalam perkembangan saraf serta otak bayi.Ia merupakan vitamin yang boleh ditemui dalam sayuran berdaun hijau (cth: brokoli) dan bijirin dan buah-buahan.Pil asid folik boleh didapati di farmasi atau klinik selepas mendapat nasihat doktor.Dos yang dsyorkan ialah 400mikrogram sehari dan diambil 2-3 bulan sebelum merancang hamil.
* Amal makanan sihat dan seimbang
- dalam 3-4 bulan sebeluum ingin hamil,titikberatkan pemakanan anda.ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang.Tinggalkan makanan ringan yang memudaratkan kesihatan.
* Berhenti ambil kafein
- Pengambilan kafein yang berlebihan dikhuatiri mengurangkan peluang pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat. Ia dikatakan meningkatkan kemungkinan keguguran kandungan.walaupun ia sukar dibuktikan namun, pakar perubatan dan perbidanan menasihatkan ibu-ibu agar mengurangkan pengambilan kafein demi kesihatan janin.Kafein boleh didapati dalam teh, kopi, coklat dan dalam beberapa ubat selsema atau sakit kepala.
* Berhenti merokok, alkohol dan ubat-ubatan yang memberi kesan buruk pada bayi.
- Hentikan segera tabiat di atas demi untuk kesihatan bayi dalam kandungan.Bagi yang Muslim semestinya anda tahu bahawa merokok dan alkohol dilarang dalam Islam.Amalkan sikap yang baik dan selalu membaca Al-Quran mudah-mudahan Allah sentiasa memudahkan proses kehamilan anda.

Wednesday, November 19, 2008

LATIH BAYI MENYUSU BOTOL



Tempoh cuti bersalin bagi ibu-ibu bekerja adalah selama 60 hari. Selepas tamat tempoh itu, anda perlu kembali bekerja. Ini bermakna anda perlu meninggalkan bayi anda kepada pengasuh. Oleh itu, anda perlu membuat persiapan awal kerana terpaksa meninggalkan mereka dan tidak dapat melakukan penyusuan seperti biasa.

Penyusuan botol bukan bereti anda memberikan susu formula kepada bayi. Sekiranya anda tidak mahu memberi susu formula, anda boleh memerah susu sendiri. Bezanya ialah bayi anda menyusu dengan botol susu.

Berikut adalah tips yang boleh membantu anda menangani masalah

1. Mulakan dengan perlahan-lahan
- oleh kerana tidak biasa dengan penyusuan botol maka mereka akan menolaknya buat kali pertama puting botol masuk ke mulutnya. Jadi, untuk memulakan anda perlulah memberinya dalam kuantiti yang sedikit dan lakukan dengan perlahan-lahan dan jangan terlalu memaksa kerana anda sendiri yang akan kecewa dan marah.

2. Sentiasa mencuba dan jangan putus asa.

- Bayi akan mengis dan tersedak sebagai tanda memprotes kepada anda kerana enggan menyusu botol, tapi anda jangan putus asa, cuba setiap hari lama-kelamaan pasti dia akan menerimanya.


3. Minta bantuan orang lain.
- Sekiranya anda tetap gagal memberinya penyusuan botol, anda perlu meminta bantuan orang lain untuk melakukannya.Sebagai contoh, suami ataupun pembantu rumah. Jika perlu anda keluarlah dari bilik tersebut untuk memberi peluang kepada orang lain untuk memujuk bayi anda.


4. Hentikan penyusuan seketika.
- Adalah langkah terakhir anda boleh lakukan sekiranya bayi anda tetap menolak penyusuan botol.Walupun kedengaran agak kejam tapi itulah yang anda perlu lakukan dengan membiarkannya tanpa memberi susu ibu. Namun ini adalah langkah paling berkesan untuk membiasakannya menyusu botol. Ini kerana akhirnya dia pasti akan memilih susu botol kerana terlalu lapar dan dahaga.


CARA MENYIMPAN SUSU IBU YANG TELAH DIPERAH

* Susu ibu yang telah diperah hendaklah disimpan di dalam jumlah/kuantiti yang mencukupi untuk bayi.

* Simpan susu dalam bekas yang bersih dan segera simpan di dalam peti ais atau bekas yang mengandungi ais. sekiranya tiada peti sejuk ataupun ais batu anda perlulah menyimpan di tempat dingin atau sejuk selama 8 jam.

* Bagi memudahkan anda mencari susu yang disimpan, anda perlulah melabel setiap bekas yang mengandungi susu dengan tarikh, masa dan jumlah perahan.

* Jangan campurkan susu yang baru diperah ke dalam susu yang telah disimpan.

* Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk susu mengembang.


* Jangan bekukan kembali susu yang telah dilarutkan.

Sumber: Majalah Keluarga Harmoni (Februari 2006)

Friday, November 14, 2008

TIP MEMPERKENALKAN MAKANAN PEJAL KEPADA BAYI





  • Berikan dalam kuantiti yang sedikit
    Beri bayi anda yang berusia 5@6 bulan makanan pejal dalam kuantiti yang sedikit dan tidak terlalu pekat.Sebaiknya biar bayi mencuba satu jenis makanan sahaja dahulu.Sebagai contoh; bubur nasi, pisang atau bijirin siap sedia seperti bijirin beras Nestum bayi.Untuk mencairkan sajian tadi gunakn susu atau air suam.



  • Elakkan dari kerap memberi telur
    Untuk membiasakan anak anda dengan makanan lain, anda juga boleh memberi mereka sajian telur. Bagaimanapun elakkan memberi telur terlalu kerap iaitu lebih dari 4 kali seminggu. Telur mengandungi kolesterol yang tinggi dan memudaratkan kesihatan sekiranya di ambil selalu.



  • Pilihlah makanan segar
    Anda digalakkan memasak makanan segar yang mentah.Untuk memudahkan mereka makan, anda perlu menghancurkan makanan tadi dengan cara melenyek atau mengisarnya.


MAKANAN YANG PERLU DIELAK






Madu
Ianya tidak baik untuk bayi di bawah umur 1 tahun kerana ia dikatakan boleh membiakkan spora clostridium botulinum (botulism) yang boleh tumbuh dalam perut , usus dan mengeluarkan toksin yang mengancam perjalanan usus.



Susu lembu segar
Perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan alahan pada bayi.Susu ibu atau susu formula sudah mencukupi.


Telur
Kuning telur (bukan separuh masak, untuk bayi telur mesti dimasak sempurna) boleh diberikan kepada bayi ketika umurnya 9 bulan. Untuk mengelakkan alahan adalah lebih baik menunggu sehingga umurnya 1 tahun barulah boleh memberi mereka makan putih telur.




Jus sitrus (air perahan limau)
Meskipun buah-buahan kaya vitamin C , namun pemberian jus ini tidak digalakkan diberi kepada bayi kurang dari umur 1 tahun kerana menimbulkan alahan.


Susu rendah lemak
Bayi yang berusia 1-2 tahun memerlukan lemak dalam susu bagi membantu perkembangan tumbesaran mereka. Oleh itu, anda dilarang untuk member susu rendah lemak kepada mereka.




Kekacang
Makanan jenins kekacang (termasuklah sayur kacang, peas dan jenis kekacang seperti kacang hijau dan kacang tanah)juga tidak sesuai diberikan kepada bayi kerana ia juga boleh menyebabkan alahan dan menyebabkan anak anda tercekik. Tunggu sehingga umurnya 1 tahun barukah boleh diberi.

Buah yang mempunyai biji besar
Seperti rambutan dan ciku akan menyebabkan mereka tercekik. Buah seperti tembikai boleh diberi tapi buangkan bijinya dahulu.




Makanan Laut
Seperti udang, ketam dan sotong akan menyebabkan alahan kepada bayi. Anda boleh memperkenalkan kepada mereka apabila mencapai umur 1 tahun. Ikan pula sudah boleh diperkenalkan kepada bayi seawal umurnya 9 bulan.Berhati2 ketika mencarik isi ikan unutk dicampur ke dalam buburnya agar tidak termasuk tulang.

......................................................................................
sumber: Majalah Keluarga Harmoni (Februari 2006)

Monday, November 3, 2008

10 LANGKAH MENCAPAI PEMAKANAN SEIMBANG KETIKA MENYUSU


*Nikmati pelbagai pilihan makanan berkhasiat sepanjang hari.

*Makanlah banyak roti dan bijirin ( jenis bijirin penuh adalah lebih baik ).

*Masukkan makanan yang tinggi kandungan asid lemak omega-3 seperti ikan berminyak (tuna, salmon), roti, telur dan minyak canola.

*Cuba capai kuota 5 hidangan sayur dan 2 hidangan buah setiap hari

*Nikmati makanan kaya kalsium setiap hari (1 hidangan bersamaan secawan susu atau minuman soya yang diperkaya kalsium, sekeping keju atau satu tub yogurt.

*Ambil gula atau makanan yang mengandungi gula secara sederhana.

*Pilih makanan yang kurang garam dan gunakan sedikit saja dalam makanan anda.

*Makan makanan yang mengandungi zat besi setiap hari, seperti daging merah tanpa lemak dan bijirin sarapan yang iperkuat dengan vitamin.

*Minum kira-kira 2 Liter air sehari ( 8-10 gelas air putih).
*Kekalkan berat badan yang sihat dengan menyeimbangkan aktiviti fizikal dengan pengambilan makanan ( cuba dapatkan 20-30 minit aktiviti
sehari).



Sumber: majalah Mami & Baby (keluaran Disember 2005)

Friday, October 31, 2008

MAKANAN APA YANG SESUAI UNTUK BAYI?


6-12 bulan

Selain dari susu anda perlu memberikan makanan pejal untuk bayi anda bagi meyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat.

Tekstur makanan:

-bagi mereka puri ( ubi kentang yang direbus dan dijadikan puri) yang separuh cair atau bubur nasi yang halus.
-jangan tambah perisa ( garam dan sebagainya) kerana bahan perisa akan merosakkan ginjal bayi yang masih muda.mereka tidak akan keberatan memakan makanan yang tawar kerana mereka belum pernah merasa makanan.
-usia 7-8 bulan, makanan boleh dikisar atau dilumatkan kepada tekstur yang lebih kasar sedikit. Anda boleh tambahkan ayam dan daging dalam makanan mereka(kisar).tapi perkenalkan satu persatu dalam tempoh seminggu.boleh juga tambah bilis dan sayur seperti lobak yang dikisar ke dalam bubur
-usia 8-9 bulan, perkenalkan bayi kepada makanan yang berbentuk ketulan.Potong makanan mereka menjadi kepingan-kepingan kecil dan bukan lagi mengisarnya (buah yang di buang kulit seperti epal atau pear, atau ayam). Beri mereka banyak makanan jejari agar mereka mahir untuk memasukkan makanan ke dalam mulut dan memegang dengan baik.boleh juga beri mereka biskut bayi (rusk).
-usia 10-12 bulan, bayi boleh memakan semua jenis makanan yang dimakan keluarga asalkan bukan makanan ringan dan yang manis.Berikan mereka makanan yang berkhasiat saja.Potong kepada saiz yang boleh digigit.seperti roti bakar, tauhu goreng, sup daan buah- buahan.



13-18 bulan
Pada waktu ini si manja telah pun mempunyai beberapa batang gigi dan boleh mengunyah dengan baik. Dia boleh makan bersama dengan keluarga dan apa yang perlu anda buat ialah asingkan masakan untuknya sebelum menambah perisa (aji nomoto).garam boleh dalam kuantiti yang sedikit saja.

Untuk makanan yang sihat anda harus mempelbagaikan makanan untuknya daripada kumpulan makanan dalam pyramid makanan setiap hari.
Contohnya; makanan yang mengandungi karbohidrat-nasi, mee hoon sup, roti bakar yang di spu marjerin atau jem .makanan yang mengandungi protein-ikan, telur dan ayam. Buah-buahan dan syur-sayuran yang membekalkan pelbagai jenis vitamin dan zat galian yang dapat memberikan mereka daya tahan badan yang baik seperti; betik, tembikai, pisang,bayam,tomato,sawi, brokoli.


19-24 bulan

Kanak pada usia ini sudah pandai berjalan dan memerlukan banyak tenaga. Jadi anda perlu memberikan lebih banyak makanan yang berasaskan karbohidrat seperti nasi, dan mee. Sayur dan buah juga perlu dimasukkan dalam hidangan mereka setiap hari. Kerana makanan ini kaya serat dan zat galian penting untuk merka.
Susu masih antara menu penting bagi mereka kerana ia kaya kalsium yang membantu dalam pembentukkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.

2-6 tahun

Kanak-kanak di usia ini sangat aktif dan lasak. Mereka mudah terjatuh semasa berlari, bermain ataupun berjalan. Penting untuk anda menyediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar anak anda cepat sembuh dari kecederaan.

Makanan yang kaya protein, vitamin A, C, E dan zink perlu untuk system pertahanan tubuh yang kuat. Anda digalakkan agar buah-buah dimakan sebaik sahaja dipotong. Begitu juga dengan sayuran, pastikan anda membasuhnya dengan sempurna dan masaklah segera slepas dipotong. Jangan sediakan sayuran lebih awal sebelum dimasak.Ini akan menghilangkan vitamin yang ada di dalamnya.



Sumber: majalah Pa&Ma keluaran September 2005