Friday, December 16, 2011

Jalan-jalan di Kundasang

Cuti sekolah ni kami sekeluarga jalan-jalan di Kundasang. Dah 2 tahun nda ke sini...still banyak tempat nda sampai lagi.

Hari pertama 4hb Dis 2011
Sebelum ke Kundasang,sempat lagi singgah di rumah orang kawin(saudara) di Menggatal...ehe makan free :D
Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Kundasang,nda lagi singgah mana-mana (nda sabar sudah).
kami menginap di Banglo Strawberry Garden Resort...nda jauh dari National Park. Disebabkan kami 16 orang semuanya so banglo la dipilih. Harga berpatutan, kalau bukan peak season mmg murah je.kalau mau stay di bilik biasa pun ada, chalet pun ada tp bukanlah sebuah2 macam kebiasaan chalet (ala-ala chalet je).

Yang bestnya di Strawberry Garden ni, semestinya ada strawberry!mmmmm...terbayang kemasamannya:} Wpun nda berapa minat strawberry tp mana mau rugi mesti mau rasa juga Kundasang punya!

melawat kebun strawberry...

bunga ni besar taw...


Sampai ja di banglo tu mmg fuh! Tinggi juga dr Front Office.kalau aku yang bwa kereta mmg sah nda sampai ahah...:D
Lepas rehat-rehat, kami pun nda plan mau melawat2 dul u sbb da petang.
Melawat kebun strawberry la di bawah banglo..ruginya nda banyak strawberry sebab belum banyak berbuah.tapi bestla kalau ada kebun ni :)

Aisy cium ros...hmmm....

Selain itu, ada juga pelbagai jenis bungaan ditanam disekitar kebun spt ros, lily, orkid dan ada yg nda tau apalh nmanya (tapi cantik2 smua).Kalau penginap resort masuk taman ni free je, kalau pengunjung luar kna byr RM1.

Jika menginap di sini, nda sah kalau nda mcuba Strawberry ice cream...homemade (yummy sedap!) tapi Aleeya da Syaqil nda suka. Rasanya masam-manis mmg balance lah. RM6.50 je.
.
yummmy.....

abis....!


Hari kedua 5hb Dis 2011

Hari ni kami ke Poring, dalam stengah jam dari penginapan. Bagi sesiapa yg blum pnh ke
poring hhhaaaa sinilah tempatnya untuk mndi mnda..bukan air biasa, tp kolam air panas. Poring telah digazetkan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia.


Aisy seronok main air dgn Nyian



Aleeya,Ayuni, Syaqil&Faiz


Hujan turun dengan lebatnya msa kmi di Poring...mmg lama tunggu hujan bhenti akhirnya kami semua meredah je...

Lepas makan kami teruskan lagi lawatan ke Kundasang War Memorial di tengah2Pekan Kundasang. Bayaran masuk RM 2 (Warganegara Malaysia). Tugu ni dibina untuk memperingati askar2 British dan Australia yang terkorban dalam perjalanan mereka berjalan kaki dari Sandakan smasa musim Perang dlu. Kwsn Tugu Peringatan ni mmg cantik sbb ada bberapa buah taman di dlmnya(Australia Garden,English Garden dan Borneo Garden).


English Garden....

ummi &Aisy , mak mentua


Hari Terakhir 6hb Dis 2011

Hari ni lepas packing barang kami pun ke Desa Dairy Farm...haaa mau tengok ladang lembu su su...ala2 New Zealand gitu.

Perjalanan dalam 10-15 minit je dari Kundasang War Memorial. Mmg sejuk dan cantik pemandangannya...di kaki Gunung Kinabalu!




kilang memproses susu..
.



di sekitar kilang juga byk bunga cantik2. Malah di Checkpoint masuk ssiapa mau beli bunga juga ada dijual.

Selepas dari Desa Dairy Farm kami bercadang mau ke Mesilau Nature Resort. Perjalanan utk ke sna dr ladang lembu agak jauh & berbukit -bukau...tp pmndangan mmg cantik sgt..!limpas ja pdg golf tu pun suda mgangga mulut asyik ckp 'wow'...



pemandangan d spjg jalan ke Mesilau Nature Resort...byk pokok pine
Tp disebabkan kmi rmi dan kereta Hilux 2.5 pun ssh mau naik ke Mesilau Nature Resort..Husband nda confident, jadinya skadar mlihat suasana di spjg jalan saja...

Kalau sebut Kundasang apa yang akan kita rasai bila dtg kemari ialah:sejuk, cantik, damai, tenang dan....last skali mst rasa mo dtg lg...mcm aku wlu bkali2 da ke mari ttp rasa best,hihi:)

jumpa lagi...!

Monday, June 14, 2010

Sejarah ~Antara Wanita Yang berpengaruh di Dunia.

Hatshepsut

Hatshepsut umumnya dianggap oleh Mesir purba sebagai salah seorang firaun wanita yang paling berjaya,beliau berkuasa lebih lama daripada wanita lain peribumi dinasti Mesir. Walaupun terdapat catatan daripada kerajaan yang didokumentasikan di pelbagai sumber-sumber kuno, Hatshepsut pernah digambarkan oleh para sarjana moden awal dan berkhidmat sekitar 1479-1458 SM, selama tahun tujuh hingga dua puluh satu masa kerajaan yang sebelum ini dikenalpasti sebagai Thutmose III. Sekarang diketahui bahawa Hatshepsut manaiki tahta Firaun dan memerintah sebagai raja biasanya diberikan sebagai dua puluh dua tahun sejak Manetho memberikan padanya kerajaan 21 tahun dan 9 bulan. Sebagai Hatshepsut beliau membina semula rangkaian perniagaan yang telah terganggu selepas pendudukan Hyksos Mesir selama Tempoh Kedua, dengan demikian membina kekayaan daripada Dinasti Kelapan Belas yang telah menjadi begitu terkenal sejak penemuan pengebumian salah satu keturunannya, Tutankhamun, mulai untuk dianalisa. Hatshepsut adalah salah satu pembangun yang paling produktif di Mesir kuno, mengetuai ratusan projek-projek pembinaan di seluruh kedua Hulu dan Hilir Mesir, yang besar dan lebih banyak daripada orang-orang dari setiap daripada Kerajaan Tengah pendahulunya. Walaupun banyak ahli Mesir purba menyatakan bahawa dasar luar negeri beliau adalah secara damai,ada bukti menunjukkan bahawa Hatshepsut berjaya mengetuai kempen ketenteraan di Nubian, Levant, dan Syria awal kerjayanya.

Florence Nightingale

Florence Nightingale yang kemudian dikenali sebagai “The Lady dengan Lampu”, adalah seorang perintis jururawat moden, seorang penulis dan ahli statistik yang direkodkan. Sumbangan abadi nya ialah peranannya dalam menubuhkan profesion jururawat moden. Dia menetapkan contoh untuk jururawat di mana-mana belas kasih, komitmen untuk rawatan pesakit, dan rajin dan penuh pentadbiran rumah sakit. Pekerjaan Nightingale School of Nursing berlanjut hari ini. Bangunan The Nightingale di Sekolah jururawat dan Kebidanan di University of Southampton ini dinamakan sempena namanya. Hari jururtawat Antarabangsa diraikan pada hari ulang tahunnya setiap tahun. Sumbangan Florence Nightingale paling terkenal ialah semasa Perang Krimea, dimana rtekod keadaan pesakit direkodkan dan laporannya dihantar ke Britian Florence dan pasukannya memulai membersihkan rumah sakit dan peralatan untuk rawatan pesakit. Nightingale yakin angka kematian yang tinggi di rumah sakit adalah kerana makanan yant tidak berkhasiat untuk askar, secara tidak langsung beliau dapat mengurangkan kematian Tentera Darat selama proses damai dan menumpukan perhatian pada mengatur rumah sakit.

Catherine II

Catherine II (yang Agung) memerintah sebagai Ratu dari Rusia selama 34 tahun, dari 28 Jun 1762 hingga kematiannya. Dia digambarkan sebagai pemerintah zalim pada era-nya. Selama masa pemerintahan Catherine meluaskan Empayar Rusia selatan dan barat untuk menjadikan Russia di tangga Teratas dengan menyatukan Crimea, Kanan-Bank Ukraine, Belarus, Lithuania, dan Courland untuk meluaskan lagi empayarnya – Empayar Uthmaniyyah dan Poland-Lithuania. Catherine menjadikan Rusia kuat dan dominan di tenggara Eropah selepas Perang Rusia-Turki pertama Perang melawan Empayar Uthmaniyyah (1768-1774), yang melihat beberapa kekalahan terbesar dalam sejarah Turki, termasuk Pertempuran Chesma (5 Julai – 7 Julai 1770) dan Perang Kagul (21 Julai 1770). Catherine perlindungan furthered evolusi seni di Russia lebih dari yang mana pun berdaulat Rusia sebelum atau selepas beliau. Dia melanggan kepada cita-cita Pencerahan dan menganggap dirinya seorang “ahli falsafah di atas takhta”. Beliau menunjukkan kesedaran yang besar citranya di luar negeri, dan pernah diingini bahawa Eropah harus menganggap dirinya sebagai raja beradab dan tercerahkan, meskipun fakta bahawa di Rusia ia sering memainkan bahagian daripada tiran.


Tomyris

Tomyris (memerintah sekitar 530 SM) adalah seorang ratu dari Massagetae, orang-orang Iran dari Asia Tengah di sebelah timur Laut Caspian. Dia terkenal untuk mengalahkan dan membunuh maharaja Parsi Cyrus Agung semasa Serangan dan cubaan penaklukan negaranya. Ketika Cyrus menangkap anak lelaki Tomyris, Tomyris menghantar surat kepada Cyrus mencelanya dan mencabarnya untuk pertempuran secara terhormat. Dalam pertempuran tersebut, Parsi ditewaskan dengan korban yang samarata , Cyrus sendiri dibunuh, dan mayatnya telah dipenggal Tomyris . Dia dipercayai Tomyris terus membawa kepala Cyrus kemana sahaja dan minum wine didepanya sehingga kematiannya. Rakyat di Parsi dan Asia Tengah banyak menceritakan kisah Tomyris. Dipercayai bahawa perkatan tomis hari ini Constanta berasal dari Tomyris.



Wednesday, March 17, 2010

The Heart

I really want to write...
just to let the upsetting run away..
away from the heart
it caught me into the sadness
sometimes took me away from reality...

Should I let it ruined my emotions..?
Of course not!
Let it go
Let it go
far away....
blows away with the winds

Heart...
you are the x-factor in oneself...
without you
surely man can't realize love, misses..cares...
you are the beautiful creation
the coolest, the tempt, every things..insides you...
gift from The Almighty to all mankinds in this world...
to be used in the right path...

Tuesday, March 16, 2010

Hari ini....
Amat bermakna sekali...
Usia bertambah setahun lagi
Namun semakin berkurang dan menghampiri mati..

Hari ini....
sangat indah sekali...
dipenuhi warna warni
ucap selamat dari keluarga dan teman2 yang mengingati..

Hari ini...
aku cukup bahagia sekali
moga ianya membangkitkan semangat diri
agar lebih cekal jati diri...
Amin Ya Rabbal alamin....

Sunday, January 3, 2010

Welcome 2010

Start the new year with new hopes, new dreams and new visions..take the past as a mirror that reflects guidance for the future steps..believe in ourself and never give up to catch the triumph.

Saturday, December 19, 2009

Hikmah Membaca Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah.



Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia

Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya
DOA AKHIR TAHUN


Bismillahirrahmanirrahim...


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.


Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.


Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.


Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.


Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah

DOA AWAL TAHUN


Bismillahirrahmanirrahim


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.


Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.


Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan, ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.


Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam....

Thursday, December 17, 2009




My Wedding Memories

This year is the 5th year (24th December)...still new..still green..
trustworthiness, love each other, responsible and faith...the main key for a long lasting happiness.

Dear my beloved Husband: you are my destiny...in the world and the hereafter..Aamin...