Sunday, February 22, 2009


MELATIH ANAK KE TANDAS

Bilakah masa yang sesuai untuk anak belajar pengurusan tandas? Kesediaan anak itu boleh dilihat menerusi beberapa petanda ringkas:

* Kekal kering selama beberapa jam setiap hari.
* Menunjukkan minat apabila anda, pasangan atau adik-beradik yang lain ke tandas.
* Mengalami sakit perut secara kerap pada bila-bila masa misalnya selepas bersarapan.
* Menunjukkan petanda ingin ke atas apabila anak mencangkung atau menghasilkan bunyi yang tidak enak.
* Memberi isyarat bahawa lampinnya sudah basah.

Bilakah masa sesuai ibu bapa patut bertindak memaksa anak belajar tentang penggunaan tandas? Mengajar anak tentang penggunaan tandas sewaktu berada dalam keadaan tertekan bukan satu idea yang baik. Antaranya termasuklah:

* Kehadiran orang baru dalam keluarga misalnya bayi.
* Memulakan sistem penjagaan anak yang baru.
* Pertukaran tempat tidur. Misalnya dari katil bayi ke katil sebenar.
* Pemindahan rumah.
* Masalah keluarga.
* Apabila ahli keluarga sakit.

Thursday, February 12, 2009

CARA MEMANFAATKAN SISA MAKANAN

Pasti ramai terkejut sisa makanan boleh dimanfaatkan.Setiap hari begitu banyak sampah dihasilkan di dunia.Maka ini mengundang banyak masalah alam sekitar.Sisa makanan itu bukan untuk diberi makan kepada kucing tapi untuk jadi bahan pencuci tandas, longkang ataupun lantai!

caranya ialah dengan menggunakan sisa makanan dari kategori buah dan sayuran saja.Kaedah ini dinamakan Gabbage Enzyme.

bahan-bahan:
sisa makanan(sayur atau buah saja)
gula perang(brown sugar)
air
botol yang mempunyai penutup yang kuat.

Nisbah untuk menyediakan Gabbage enzyme ialah:
gula perang: sisa;air
1:3:10

cara;
masukkan air dahulu
kemudian masukkan gula perang
masukkan sisa makanan dan tutup dengan ketat adunan tadi.
simpan adunan selama 3bulan dan lihat hasilnya.

tips: selama sebulan, setiap hari tutup bekas hendaklah dibuka seketika untuk mengeluarkan gas.