Monday, August 31, 2009


Bumi Merdeka


Di tanah ini
Tiada pernah surut
Semangat dan juang

Walau bertalu badai meghempas

Menguak tabir mimpi lena yang panjang

Di tanah ini
tiada pernah berhenti
denyutan nadi berhati waja
menghidupkan jiwa-jiwa
yang alpa terleka

Di tanah bertuah ini
tiada pernah berhenti
laungan kalimah suci
membelah kepekatan waktu
menyuci jiwa-jiwa yang
merdeka...

Di tanah merdeka ini
jangan ada yang lalai
jangan ada yang mamai
kelak hijaunya terlerai
berganti biru yang merungai...

Norhairani....Benoni hari ini

Sunday, August 30, 2009




NUR DI KAKI LANGIT

Di keheningannya subuh
menelusuri kedinginan yang cuma seketika
menjejaki sekelumit janji yang belum tertunai
seluruh kudrat sedia mematri

meluruhkan segala kebejatan

melontar jauh igauan yang menyeliputi
nun...
dari kejauhan
di hujungnya tirai

setaris cahaya mula menerbitkan sinarnya
nur
menyuluh segenap alam..

di subuh indah
di langit Ramadhan
tanda kasihNya yang Maha Agung
melangkaui setiap sempadan waktu..


Norhairani...Benoni, 10 Ramadhan



Tuesday, August 25, 2009

Rainbows around the world....

LIDAH KITA, KESIHATAN KITA

Menurut Dr Jordan S. Josephson dari Lenox Hill Hospital, New York yang juga penulis Sinus Relief Now, dengan hanya membuka mulut dan menjulurkan lidah, doktor mampu membuat jangkaan awal penyakit yang dihidapi.

Lapisan Putih
Lidah yang diselimuti lapisan putih dan lekat memnadakan adanya bakteria yang sedang membiak. jika jangkitan bakteria telah diubati, lidah pun kembali ke warna asalnya, merah jambu sihat.



Berwarna gelap
ianya berkaitan dengan pemakanan, minuman, pengambilan antibiotik atau ubat sakit tekak yang sering anda ambil

Ulser
banyak perkara boleh menyebabkan ulser, sama ada anda kekurangan vitamin C atau tergigit lidah. Namun masalah itu akan hilang dalam 10 hari.Tetapi jika berlarutan , perlulah berjumpa doktor kerana ini adalah gejala awal kanser mulut.

Kelihatan Berambut
ianya disebabkan jangkitan bakteria, pengambilan antibiotik atau mulut yang terlalu kering.


Ramadhan Al Mubarak

Kepada seluruh muslimin dan muslimat dimana jua berada, selamat menunaikan Ibadah puasa dan menyambut Ramadhan dengan hati yang suci murni...ramadhan datang maknaye dah stahun aku berblog..mula-mula buat blog Ramadhan tahun lepas...Happy School Holiday juga buat murid-murid and cikgu-cikgu..!

Monday, August 3, 2009



Happy Birthday to My Beloved Husband..

May Allah always bless you and our marriage...there's nothing I can say because you already knew my heart...almost five years you always by my side and we always believe that trust and faith are the main cellar in our relationship...



Ketahui keperibadian wanita melalui WARNA


KUNING

sikap positif, optimis, periang, senang bergaul dan suka menolong kerana berasakan tugas menolong orang adalah suatu kewajipan. Wanita penggemar warna ini tidak suka meremehkan /memeperkecilkan seseorang sekalipun individu itu kurang sempurna.



BIRU

tergolong dalam kelompok pemurung dan sering bertindak pasif dalam segala perkara. tetapi mereka selalu menyenangkan orang disekeliling keran mereka mencipta ketenangan dan ketenteraman. Namun, dek kerana sikap pasif mereka, penggemar warna ini selalu mendapat kesusahan dalam pergaulan. dalam bercinta mereka bijak menyembunyikan perasaan.



MERAH

sikap berwibawa, sering membantu golongan & teman-teman yang lemah. walaupun sering bergaul namun mereka bijak mejaga hati orang sekeliling. Ramai lelaki yang melafazkan cinta kepada golongan ini tetapi mereka bukan jenis yang mudah jatuh cinta.

PUTIH

sempurna, anggun, sifat idealis bermoral tinggi, tidak angkuh dan suka menolong orang..

HITAM

lincah, selalu tampil bergaya, jika berada dalam lingkungan yang tidak disukai, mereka boleh mejadi murung.



HIJAU

Sangat romantik, mencintai keindahan dan menyukai alam bersuasana sejuk. Mereka juga bijak dan berpegang kukuh pada prinsip, mengidankan lelaki yang penuh toleransi dan boleh dipercayai.



UNGU

wanita yang luar biasa, tiada keraguan dalam menhadapi masa depan, bijak dan mengikuti perkembangan zaman. hanya lelaki yang kuat mental dan pintar sahaja yang boleh mendekati mereka.