Wednesday, November 19, 2008

LATIH BAYI MENYUSU BOTOL



Tempoh cuti bersalin bagi ibu-ibu bekerja adalah selama 60 hari. Selepas tamat tempoh itu, anda perlu kembali bekerja. Ini bermakna anda perlu meninggalkan bayi anda kepada pengasuh. Oleh itu, anda perlu membuat persiapan awal kerana terpaksa meninggalkan mereka dan tidak dapat melakukan penyusuan seperti biasa.

Penyusuan botol bukan bereti anda memberikan susu formula kepada bayi. Sekiranya anda tidak mahu memberi susu formula, anda boleh memerah susu sendiri. Bezanya ialah bayi anda menyusu dengan botol susu.

Berikut adalah tips yang boleh membantu anda menangani masalah

1. Mulakan dengan perlahan-lahan
- oleh kerana tidak biasa dengan penyusuan botol maka mereka akan menolaknya buat kali pertama puting botol masuk ke mulutnya. Jadi, untuk memulakan anda perlulah memberinya dalam kuantiti yang sedikit dan lakukan dengan perlahan-lahan dan jangan terlalu memaksa kerana anda sendiri yang akan kecewa dan marah.

2. Sentiasa mencuba dan jangan putus asa.

- Bayi akan mengis dan tersedak sebagai tanda memprotes kepada anda kerana enggan menyusu botol, tapi anda jangan putus asa, cuba setiap hari lama-kelamaan pasti dia akan menerimanya.


3. Minta bantuan orang lain.
- Sekiranya anda tetap gagal memberinya penyusuan botol, anda perlu meminta bantuan orang lain untuk melakukannya.Sebagai contoh, suami ataupun pembantu rumah. Jika perlu anda keluarlah dari bilik tersebut untuk memberi peluang kepada orang lain untuk memujuk bayi anda.


4. Hentikan penyusuan seketika.
- Adalah langkah terakhir anda boleh lakukan sekiranya bayi anda tetap menolak penyusuan botol.Walupun kedengaran agak kejam tapi itulah yang anda perlu lakukan dengan membiarkannya tanpa memberi susu ibu. Namun ini adalah langkah paling berkesan untuk membiasakannya menyusu botol. Ini kerana akhirnya dia pasti akan memilih susu botol kerana terlalu lapar dan dahaga.


CARA MENYIMPAN SUSU IBU YANG TELAH DIPERAH

* Susu ibu yang telah diperah hendaklah disimpan di dalam jumlah/kuantiti yang mencukupi untuk bayi.

* Simpan susu dalam bekas yang bersih dan segera simpan di dalam peti ais atau bekas yang mengandungi ais. sekiranya tiada peti sejuk ataupun ais batu anda perlulah menyimpan di tempat dingin atau sejuk selama 8 jam.

* Bagi memudahkan anda mencari susu yang disimpan, anda perlulah melabel setiap bekas yang mengandungi susu dengan tarikh, masa dan jumlah perahan.

* Jangan campurkan susu yang baru diperah ke dalam susu yang telah disimpan.

* Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk susu mengembang.


* Jangan bekukan kembali susu yang telah dilarutkan.

Sumber: Majalah Keluarga Harmoni (Februari 2006)

No comments: