Monday, November 3, 2008



WANITA , JIN DAN SIHIR (BHG 1)

Mukadimmah...

Ramai wanita yang kurang sedar adanya fitnah makhluk halus (Jin & Syaitan), malah tanpa sedar terlibat dalam amalan menggunakan Jin & Syaitan.

Kewujudan makhluk Allah daripada golongan Jin disekeliling manusia adalah sesuatu yang sudah pasti. Cuma kebanyakan manusia tidak dapat melihat jin. Kewujudan Jin jelas dinyatakan Allah di dalam Al - Quran, hinggakan satu surah di dalamnya dinamakan Surah Al-Jin.

Jin mempunyai tanggungjawab hidup seperti kita manusia, iaitu untuk menghambakan diri kepada Allah.Firman Allah s.w.t ; " Tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu". ( Az-Zariyat:56)

Termasuk dalam golongan jin ini adalah syaitan. Ramai yang kurang sedar perihal jin dan syaitan itu sentiasa mengintai dan menunggu peluang untuk duduk bersama-sama manusia. Mereka mahu menumpang tidur, makan minum dan malah tumpang sekaki bergaul ketika suami isteri bersama, Nauzubillah!..Peringatan, jangan lupa membaca Bismillah dan doa ssebelum melakukan sesuatu agar kita dilindungiNya..

Sebagaimana manusia, di kalangan jin juga ada yang beriman dan ada yang kufur. Begitu juga ada yang baik dan ada yang jahat. Jin-jin jahat dikenali umum sebagai syaitan dan ketua mereka adalah Iblis yang dilaknat oleh Allah s.w.t.

Gangguan Jin dalam Kehidupan Manusia

Secara langsung

-dikenali sebagai gangguan makhluk halus, seperti terkena sampuk, rasukan, didatangi was-was, demam panas secara tiba-tiba dan meracau-racau.
-biasanya gangguan ini dilakukan oleh jin yang berkeliaran tanpa tuan. Contohnya yang hidup di tempat kotor atau tempat buangan sampah, rumah kosong atau terpencil, di tepi sungai dan jeram, atau di takungan air tenang dalam hutan.
-jin liar ini mengganggu manusia lazimnya kerana marah apabila dirinya disakiti atau harta kawasannya diceroboh manusia. Ada juga jin jahat yang sudah jatuh cinta dengan manusia lalu mendampinginya. Malah ada juga yang menganggu tanpa sebab, hanya untuk suka-suka kerana memang perangainya jahat!(ala-ala samseng gitu).

Secara tidak langsung

-adalah dengan perantaraan manusia yang mengamalkan sihir dan menyimpan saka.Biasanya gangguan atau penyakit ini disebut terkena buatan orang.
-Ataupun boleh menyelinap di sebalik amalan kedukunan, persilatan dan teater tradisional.
-Angkara jin yang mempergunakan nafsu manusia untuk merosakkan sesama manusia semakin menjadi-jadi apabila wujud di tengah kehidupan manusia yang sombong lagi hasad.Manusia sebegini adalah orang penuh hasad dengki dan mudah rasa tercabar melihat kelebihan orang lain darinya.Mereka ini mudah saja terdorong melampiaskan sikap busuk hati itu melalui amalan sihir.

Apa itu sihir?

Sihir adalah persepakatan erat di antara si tukang sihir dengan syaitan laknatullah yang mensyaratkan tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan-perbuatan haram dan syirik, di samping menyerahkan segala bentuk ketaatan kepadanya(syaitan) demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajati.(As-Syeikh Wahid Abdul Salam Bali dalam bukunya sejata Tajam Untuk Menangani ilmu Sihir & Ilmu Hitam)

No comments: