Friday, November 14, 2008

TIP MEMPERKENALKAN MAKANAN PEJAL KEPADA BAYI





  • Berikan dalam kuantiti yang sedikit
    Beri bayi anda yang berusia 5@6 bulan makanan pejal dalam kuantiti yang sedikit dan tidak terlalu pekat.Sebaiknya biar bayi mencuba satu jenis makanan sahaja dahulu.Sebagai contoh; bubur nasi, pisang atau bijirin siap sedia seperti bijirin beras Nestum bayi.Untuk mencairkan sajian tadi gunakn susu atau air suam.



  • Elakkan dari kerap memberi telur
    Untuk membiasakan anak anda dengan makanan lain, anda juga boleh memberi mereka sajian telur. Bagaimanapun elakkan memberi telur terlalu kerap iaitu lebih dari 4 kali seminggu. Telur mengandungi kolesterol yang tinggi dan memudaratkan kesihatan sekiranya di ambil selalu.



  • Pilihlah makanan segar
    Anda digalakkan memasak makanan segar yang mentah.Untuk memudahkan mereka makan, anda perlu menghancurkan makanan tadi dengan cara melenyek atau mengisarnya.


MAKANAN YANG PERLU DIELAK






Madu
Ianya tidak baik untuk bayi di bawah umur 1 tahun kerana ia dikatakan boleh membiakkan spora clostridium botulinum (botulism) yang boleh tumbuh dalam perut , usus dan mengeluarkan toksin yang mengancam perjalanan usus.



Susu lembu segar
Perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan alahan pada bayi.Susu ibu atau susu formula sudah mencukupi.


Telur
Kuning telur (bukan separuh masak, untuk bayi telur mesti dimasak sempurna) boleh diberikan kepada bayi ketika umurnya 9 bulan. Untuk mengelakkan alahan adalah lebih baik menunggu sehingga umurnya 1 tahun barulah boleh memberi mereka makan putih telur.




Jus sitrus (air perahan limau)
Meskipun buah-buahan kaya vitamin C , namun pemberian jus ini tidak digalakkan diberi kepada bayi kurang dari umur 1 tahun kerana menimbulkan alahan.


Susu rendah lemak
Bayi yang berusia 1-2 tahun memerlukan lemak dalam susu bagi membantu perkembangan tumbesaran mereka. Oleh itu, anda dilarang untuk member susu rendah lemak kepada mereka.




Kekacang
Makanan jenins kekacang (termasuklah sayur kacang, peas dan jenis kekacang seperti kacang hijau dan kacang tanah)juga tidak sesuai diberikan kepada bayi kerana ia juga boleh menyebabkan alahan dan menyebabkan anak anda tercekik. Tunggu sehingga umurnya 1 tahun barukah boleh diberi.

Buah yang mempunyai biji besar
Seperti rambutan dan ciku akan menyebabkan mereka tercekik. Buah seperti tembikai boleh diberi tapi buangkan bijinya dahulu.




Makanan Laut
Seperti udang, ketam dan sotong akan menyebabkan alahan kepada bayi. Anda boleh memperkenalkan kepada mereka apabila mencapai umur 1 tahun. Ikan pula sudah boleh diperkenalkan kepada bayi seawal umurnya 9 bulan.Berhati2 ketika mencarik isi ikan unutk dicampur ke dalam buburnya agar tidak termasuk tulang.

......................................................................................
sumber: Majalah Keluarga Harmoni (Februari 2006)

4 comments:

Unknown said...

thanks noy..
eh noy, camana aa mo buat klu baby kita kurang menyusu? c danish ba..jarang betul dia menyusu tau..mo d paksa ba..baru la dia minum..tu pun smpi nangis2 dia d paksa..risau ku bah..ko kasi mkn c aleya masa ya umur berapa aa?

noy said...

jarang tu mcmana?sehari ada brapa kali mnum?dia kcik lg kan za tp kali mau2 mkn suda.klu xkuat myusu itula tkut dia kurg brt nnt jd bolelah stat bg mkn.lgpun 5 bln da kan dia?bole try skit2la.mcm bubur nsi 2 ko cmpurla air susu.spy dia dpt jg khasiat susu.leya dulu mak ai awal lg dkt 4 bln.psl mngis blik2 mau susu.jd mak aku ckp bole da bg skit wpun aku sbnrnya mau ksi time btul2 4 bln atau 5.tp mnurut pakr pmknan byi, 3 bln pun da ble bg pisang yg dlenyek halus sbb bdn bby stat suda mau lbih nutrien time tu susu sj xckup.tp danish lg la ok da 5 bln.tryle 1 kali shari dulu, then brule naik2 2x tp ko mst selang2 masa bg susu dgn makan.tgok jam la.mcm stat mula2 jam 11 pg ka.sbb awal pg mst dia myusu jd msh knyg tu...leya xjg kuat myusu, skit2 tp dlm masa dia bby adalh dlm 8 kali shri tmsuk mlm dan tgh mlm.dlm 4 aun ja gtu dia mnum.klu dia jrg sgt mnumsusu baik ko bwa jmpa dktor tnya apa tindkn yg ptut ko buat.bila xkuat mnum susu 2 ko seimbgkan dgn mkn dia bru berat bdn dia mnaik.jgn skli2 mnurun,xbaik nnt bole mgundg pyakit.

Unknown said...

eh..danish belum smpi 5 bln lagi la noy, 22hb ni baru masuk 4 bulan..em jarang ba..dia x pernah minta susu..main jak..klu x d bagi & d paksa..x la dia menyusu tu..lepas tu klu dia menangis (mungkin lapar) d bagi susu dia x mau kecuali susu badan..air susu ku x byk ba..sebab setiap kali dia menyusu badan, lama betul ba..adalah dlm 2 jam sekali sesi tp itu pun aku berentikan..sakit belakang ku bah..hihi
em skrg ni aku suda mula bagi dia nestum baby campur susu..tp simpan d botol susu la..kiranya mcm menyusu juga la..tp tu pun kdg2 dia x mau..adui, risau ku eh.. nnt la aku try kasi mkn bubur nasi plak.. ko rasa, buli suda ka tu a?

noy said...

o ya ka xingat aku, rupanya da 4 bln.bole la bg jg tu suda sbb mmg 4 bln suda ble.lg pun dia xkuat myusu, sian kan nnt xnaik brt bdn dia...knpa ko bg d botol ada aku tbaca xble bg nestum d botol nnt tcekik sama nnt dia punya mind set bilang mkn mst d botol, tbiasa nnt.jd bgusla ko stat ajar dia cara mkn yg btul, bli dia mgkuk baby yg comel dgn sudu bby skli.ko xtry bg susu bdn yg dperah ke za? nmpak dia mmg cerewt kan mcm aleeya jg.dia hnya mkn cara mskn yg tertentu shj dan mkanan yg tertentu shj.ko pcya c aleeya x mnum lain air slain air masak dgn susu smpai skrg, aku xkasi sbb dia jnis xkuat makan nnt tminum yg lain2 rasa slain susu nnt xmau lg susu.dktor panel kami pun x suruh biarlah susu lama2 sbb bgus utk tulang, gg dan tumbesaran.itu tips la jg mkn dia jgn stat bg yg manis2 nnt xmau mkn nasi.nnt bila dia bklinik ko bgtaula sama dktor/nurse yg dia xsuka myusu.tgok brat bdn dia mcmana.