Saturday, December 13, 2008

PERSEDIAAN AWAL UNTUK HAMIL


Tips ini amat penting buat anda yang hendak mendirikan rumahtangga ataupun yang baru pertama kali ingin menimang cahaya mata. Semoga tips ini walaupun ringkas dapat memberi info berguna pada anda.
* Ambil asid folik
- ramai wanita kurang mengetahui kepentingan asid folik sebelum hamil.Ia membantu menghindarkan kecacatan pada bayi dan penting dalam perkembangan saraf serta otak bayi.Ia merupakan vitamin yang boleh ditemui dalam sayuran berdaun hijau (cth: brokoli) dan bijirin dan buah-buahan.Pil asid folik boleh didapati di farmasi atau klinik selepas mendapat nasihat doktor.Dos yang dsyorkan ialah 400mikrogram sehari dan diambil 2-3 bulan sebelum merancang hamil.
* Amal makanan sihat dan seimbang
- dalam 3-4 bulan sebeluum ingin hamil,titikberatkan pemakanan anda.ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang.Tinggalkan makanan ringan yang memudaratkan kesihatan.
* Berhenti ambil kafein
- Pengambilan kafein yang berlebihan dikhuatiri mengurangkan peluang pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat. Ia dikatakan meningkatkan kemungkinan keguguran kandungan.walaupun ia sukar dibuktikan namun, pakar perubatan dan perbidanan menasihatkan ibu-ibu agar mengurangkan pengambilan kafein demi kesihatan janin.Kafein boleh didapati dalam teh, kopi, coklat dan dalam beberapa ubat selsema atau sakit kepala.
* Berhenti merokok, alkohol dan ubat-ubatan yang memberi kesan buruk pada bayi.
- Hentikan segera tabiat di atas demi untuk kesihatan bayi dalam kandungan.Bagi yang Muslim semestinya anda tahu bahawa merokok dan alkohol dilarang dalam Islam.Amalkan sikap yang baik dan selalu membaca Al-Quran mudah-mudahan Allah sentiasa memudahkan proses kehamilan anda.

No comments: