Thursday, December 18, 2008



ZON KABUS

Bagi pengguna Jalan Keningau- Kimanis mungkin sudah biasa dengan fanomena kabus di bahagian pertengahan jalanraya yang merentasi lereng Banjaran Crocker ini.Jalanraya ini dibina merentasi banjaran sehingga ke tahap 19% kecerunan.Hanya mengambil masa yang singkat untuk sampai ke Papar iaitu kira-kira sejam.
Sekiranya nasib kurang baik terutamanya waktu hujan atau selepas hujan ataupun lewat petang kemungkinan anda akan berhadapan dengan kabus yang menghalang pemanduan atau pemanduan menjadi lambat kerana perlu lebih berwaspada. Kabus tersebut hampir terdapat di sepanjang jalan terutama sekali di puncak tertinggi berhampiran kawasan Dimie Pedalaman Resort dan seterusnya.Ada pemandu yang kurang yakin akan berhenti di tepi jalan buat seketika..apa pun sepanjang jalan telinga akan berdesing kerana berada di kawasan yang tinggi.
Walaupun begitu, sepanjang jalan ini ada terdapat beberapa kawasan yang menarik untuk dilawati di samping udara sejuk yang nyaman.Antara kawasan yang boleh dilawati ialah Taman Banjaran Crocker yang berada di Kilometer 24 sebelum sampai Keningau dan Dimie Pedalaman Resort dan beberapa lagi resort persendirian yang masih dalam pembinaan.Cerita tentang tempat menarik ini akan menyusul di masa akan datang!

No comments: