Wednesday, November 19, 2008



WANITA JIN & SIHIR ( BHG 3 )

3 KAEDAH PULIH SIHIR/GANGGUAN MAKHLUK HALUS
----------------------------------------------------------

* Berubat dengan orang yang arif tentang sihir/ gangguan makhluk halus.
Jangan sesekali berubat dengan orang yang melakukan rawatan / meminta pertolongan jin( an- Nusyrah). Ia dilarang sama sekali dalam Islam. Selain dilarang, berkemungkinan pesakit akan bertambah teruk. Ini kerana,orang yang memnita pertolongan jin tadi akan 'melepaskan' atau 'menambah' bilangan jin mendampingi pesakit, lalu akhirnya menyakiti pesakit tadi.


* Merawat diri sendiri
Iaitu dengan memperkuatkan roh kita, kerana apabila roh kuat Iblis dan syaitan tidak akan berupaya menyakiti seseorang. Caranya dengan cara mendekatkan diri dengan Allah.Di samping menunaikan amal ibadah wajib, dengan melakukan amalan-amalan sunat secra berterusan dari hari kehari sehingga dikasihi Allah dan juga dapat menguatkan roh kita.Apabila dikasihi Allah, maka doanya akan diperkenankanNya.
Namun ada juga pesakit yang tidak solat, tidak tahu membaca Al-Quran dan tidak tahu membaca doa maka kaedah rawatan ini tidak sesuai untuk pesakit sebegini.


* Berubat dengan orang arif & berubat dengan diri sendiri
Iaitu seperti kaedah pertama dan kedua. Kaedah ini merangkumi amalan :
a) solat taubat yang diikuti istighfar 100x
b) solat tahajud
c) solat witir
d) solat tasbih
e) zikir
f) berdoa dengan al-Asma al- Husna
g) selawat ke atas Nabi s.a.w
h) solat hajat

Rangkaian amalan ini hendaklah dilakukan pada waktu mustajab; iaitu satu pertiga malam terakhir , lebih kurang bermula jam 3 pagi hingga ke subuh.Allah menjanjikan kemakbulan doa pada waktu itu & keampunan bagi yang memohon keampunan.

AMARAN ALLAH
“…Dia (Iblis) adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai Tuhannya, patutkah kamu mengambil dia (Iblis) dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-KU, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim” (Al-Kahfi: 50)
LATIH BAYI MENYUSU BOTOL



Tempoh cuti bersalin bagi ibu-ibu bekerja adalah selama 60 hari. Selepas tamat tempoh itu, anda perlu kembali bekerja. Ini bermakna anda perlu meninggalkan bayi anda kepada pengasuh. Oleh itu, anda perlu membuat persiapan awal kerana terpaksa meninggalkan mereka dan tidak dapat melakukan penyusuan seperti biasa.

Penyusuan botol bukan bereti anda memberikan susu formula kepada bayi. Sekiranya anda tidak mahu memberi susu formula, anda boleh memerah susu sendiri. Bezanya ialah bayi anda menyusu dengan botol susu.

Berikut adalah tips yang boleh membantu anda menangani masalah

1. Mulakan dengan perlahan-lahan
- oleh kerana tidak biasa dengan penyusuan botol maka mereka akan menolaknya buat kali pertama puting botol masuk ke mulutnya. Jadi, untuk memulakan anda perlulah memberinya dalam kuantiti yang sedikit dan lakukan dengan perlahan-lahan dan jangan terlalu memaksa kerana anda sendiri yang akan kecewa dan marah.

2. Sentiasa mencuba dan jangan putus asa.

- Bayi akan mengis dan tersedak sebagai tanda memprotes kepada anda kerana enggan menyusu botol, tapi anda jangan putus asa, cuba setiap hari lama-kelamaan pasti dia akan menerimanya.


3. Minta bantuan orang lain.
- Sekiranya anda tetap gagal memberinya penyusuan botol, anda perlu meminta bantuan orang lain untuk melakukannya.Sebagai contoh, suami ataupun pembantu rumah. Jika perlu anda keluarlah dari bilik tersebut untuk memberi peluang kepada orang lain untuk memujuk bayi anda.


4. Hentikan penyusuan seketika.
- Adalah langkah terakhir anda boleh lakukan sekiranya bayi anda tetap menolak penyusuan botol.Walupun kedengaran agak kejam tapi itulah yang anda perlu lakukan dengan membiarkannya tanpa memberi susu ibu. Namun ini adalah langkah paling berkesan untuk membiasakannya menyusu botol. Ini kerana akhirnya dia pasti akan memilih susu botol kerana terlalu lapar dan dahaga.


CARA MENYIMPAN SUSU IBU YANG TELAH DIPERAH

* Susu ibu yang telah diperah hendaklah disimpan di dalam jumlah/kuantiti yang mencukupi untuk bayi.

* Simpan susu dalam bekas yang bersih dan segera simpan di dalam peti ais atau bekas yang mengandungi ais. sekiranya tiada peti sejuk ataupun ais batu anda perlulah menyimpan di tempat dingin atau sejuk selama 8 jam.

* Bagi memudahkan anda mencari susu yang disimpan, anda perlulah melabel setiap bekas yang mengandungi susu dengan tarikh, masa dan jumlah perahan.

* Jangan campurkan susu yang baru diperah ke dalam susu yang telah disimpan.

* Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk susu mengembang.


* Jangan bekukan kembali susu yang telah dilarutkan.

Sumber: Majalah Keluarga Harmoni (Februari 2006)

Monday, November 17, 2008



promote sikit....




MEMAHAMI LELAKI


· Tidak kompleks
Mereka lebih berterus terang berbanding wanita yang suka berkias apabila hendak menyatakan sesuatu.Mereka tidak sukakan benda yang remeh-temeh.Mereka hanya inginkan pasangan menjaga makan minum, mengemas rumah dan menjaga dirinya.


· Bahasa lelaki berbeza
Mereka sukar meluahkan rasa hati, lebih kepada tindakan atau tingkah laku sahaja contohnya untuk menyatakan kasih sayang.

· Lelaki tidak suka dkritik
Jangan kritik mereka sekiranya anda tidak bersedia untuk bertikam lidah dengan mereka. Cara terbaik untuk mengkritik mereka adalah melalui gurauan dan ada baiknya diikuti sedikit pujian. Mereka tidak gemar dkritik tambah-tambah lagi jika yang mengkritik itu wanita.


· Pentingkan Kejujuran
Sama seperti wanita lelaki juga pntingkan kejujuran. Dalam perhubungan mereka tidak suka anda menceritakn perihal yang buruk atau yang bukan-bukan tentangnya.


· Perlukan sokongan
Seandainya dia menyatakan masalahnya, dengarkanlah masalahnya dengan penuh perhatian. Beikan kata-kata perangsang.

· Tidak suka dipaksa
Jngan sesekali memaksa mereka untuk melakukan benda yang tidak mereka sukai. Apabila didesak dikhuatiri mereka akan mengeluarkan kata-kata yang tidak anda sukai, nanti anda juga yang makan hati.Adalah lebih baik anda menyiasat atau memeriksa melalui gerak geri dan tingkah laku mereka sekiranya anda mahukan juga penjelasan.


· Perahsia
Mereka sukar menceritakan pekara peribadi kepada orang lain dan sukar menjadi mesra secara verbal seperti wanita.Untuk menjadi demikian mereka memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.


· Suka berdiam diri
Wanita berupaya untuk berbicara tentang sesuatu yang sensitive dan menduka citakan sebagai suatu cara untuk berhadapan dengan realiti. Berbeza dengan lelaki, mereka lebih senang untuk berdiam diri. Begitu juga waktu bertengkar, lelaki lebih suka berdiam diri daripada memanjangkan pertengkaran dengan berkata-kata.


sumber: majalah Keluarga Harmoni (JUN 2006)
RESEPI>>>>




UDANG NESTUM


BAHAN A:

100gm udang

30gm Nestum

10ml krim jagung manis

2gm gula

15gm marjerin

4gm garam


BAHAN B:

5 biji cili padi

1 tangkai daun kari

1 batang serai


CARA MEMASAKNYA:

1. Goreng udang terlebih dahulu. Ketepikan

2. Panaskan marjerin di dalam kuali, tumiskan cili padi, daun kari dan serai yang dicincang sehingga wangi.

3. Kemudian masukkan nestum, krim jagung manis, gula dan garam. Kacau selama dua hingga tiga minit dengan api dapur sederhana.

4. Masukkan udang yang telah siap digoreng ke dalam bahan yang ditumis tadi. Kacau selama dua hingga tiga minit.

5. Sedia dihidangkan.

Friday, November 14, 2008

TIP MEMPERKENALKAN MAKANAN PEJAL KEPADA BAYI





  • Berikan dalam kuantiti yang sedikit
    Beri bayi anda yang berusia 5@6 bulan makanan pejal dalam kuantiti yang sedikit dan tidak terlalu pekat.Sebaiknya biar bayi mencuba satu jenis makanan sahaja dahulu.Sebagai contoh; bubur nasi, pisang atau bijirin siap sedia seperti bijirin beras Nestum bayi.Untuk mencairkan sajian tadi gunakn susu atau air suam.



  • Elakkan dari kerap memberi telur
    Untuk membiasakan anak anda dengan makanan lain, anda juga boleh memberi mereka sajian telur. Bagaimanapun elakkan memberi telur terlalu kerap iaitu lebih dari 4 kali seminggu. Telur mengandungi kolesterol yang tinggi dan memudaratkan kesihatan sekiranya di ambil selalu.



  • Pilihlah makanan segar
    Anda digalakkan memasak makanan segar yang mentah.Untuk memudahkan mereka makan, anda perlu menghancurkan makanan tadi dengan cara melenyek atau mengisarnya.


MAKANAN YANG PERLU DIELAK






Madu
Ianya tidak baik untuk bayi di bawah umur 1 tahun kerana ia dikatakan boleh membiakkan spora clostridium botulinum (botulism) yang boleh tumbuh dalam perut , usus dan mengeluarkan toksin yang mengancam perjalanan usus.



Susu lembu segar
Perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan alahan pada bayi.Susu ibu atau susu formula sudah mencukupi.


Telur
Kuning telur (bukan separuh masak, untuk bayi telur mesti dimasak sempurna) boleh diberikan kepada bayi ketika umurnya 9 bulan. Untuk mengelakkan alahan adalah lebih baik menunggu sehingga umurnya 1 tahun barulah boleh memberi mereka makan putih telur.




Jus sitrus (air perahan limau)
Meskipun buah-buahan kaya vitamin C , namun pemberian jus ini tidak digalakkan diberi kepada bayi kurang dari umur 1 tahun kerana menimbulkan alahan.


Susu rendah lemak
Bayi yang berusia 1-2 tahun memerlukan lemak dalam susu bagi membantu perkembangan tumbesaran mereka. Oleh itu, anda dilarang untuk member susu rendah lemak kepada mereka.




Kekacang
Makanan jenins kekacang (termasuklah sayur kacang, peas dan jenis kekacang seperti kacang hijau dan kacang tanah)juga tidak sesuai diberikan kepada bayi kerana ia juga boleh menyebabkan alahan dan menyebabkan anak anda tercekik. Tunggu sehingga umurnya 1 tahun barukah boleh diberi.

Buah yang mempunyai biji besar
Seperti rambutan dan ciku akan menyebabkan mereka tercekik. Buah seperti tembikai boleh diberi tapi buangkan bijinya dahulu.




Makanan Laut
Seperti udang, ketam dan sotong akan menyebabkan alahan kepada bayi. Anda boleh memperkenalkan kepada mereka apabila mencapai umur 1 tahun. Ikan pula sudah boleh diperkenalkan kepada bayi seawal umurnya 9 bulan.Berhati2 ketika mencarik isi ikan unutk dicampur ke dalam buburnya agar tidak termasuk tulang.

......................................................................................
sumber: Majalah Keluarga Harmoni (Februari 2006)

Tuesday, November 11, 2008





TINGGALKAN 5 PERKARA

Tinggalkan pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan khusyuk.


Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya anda akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.


Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya anda akan sihat dan rajin melakukan ibadah.


Tinggalkan melihat cacat (aib) orang lain, nescaya anda akan lebih mengenal cacat sendiri.


Tinggalkan penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Zat Allah, nescaya anda terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan.





5 RACUN DAN PENAWARNYA...


1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.


2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.


3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.


4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.


5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Monday, November 10, 2008




WANITA, JIN & SIHIR ( BHG 2 )

SEBAB- SEBAB RASUKAN / GANGGUAN JIN
-----------------------------------------------------------------


1. Jauh dari mentaati Allah s.w.t

- mengabaikan solat, berpuasa sekadar menahan lapar dahaga semata-mata tanpa ada usaha untuk mempertingkatkan ibadah.


2. Di rumah terdapat alat muzik dan lagu-lagu yang melalaikan.

- suasana di rumah sentiasa berkumandang lagu-lagu yang melalaikan menyebabkan jin dan syaitan seronok.


3. Berlama-lama di bilik air dan tandas.

- tidak membaca doa masuk dan keluar tandas, menyanyi-nyanyi atau bertelefon atau membaca di bilik air/ tandas.


4. Menangis atau merintih sebelum tidur.

- Jangan biarkan anak menangis tersedu-sedu sebelum tidur kerana ketika itu perasaan anak sangat sedih dan jiwanya sangat lemah.


5. Mencurah air panas ke dalam lubang sinki atau lubang bilik air.

- Lubang-lubang ini adalah kawasan jin mencari makan.


6. Melompat dari tempat tinggi tanpa membaca Bismillah


7. Terlalu takut


8. Selalu bertengkar dengan suami.

- ada sahaja perkara yang tidak kena setiap kali bersua.Satu tips,setiap kali pulang dari kerja ucaplah salam dari muka pintu kerana ada sejenis syaitan yang suka duduk di depan pintu rumah menanti kesempatan untuk memecah belahkan rumahtangga dengan menghasut suami atau isteri.


9. Cepat panas baran.

- suka marah -marah tidak tentu pasal.


10. Kencing di kawasan mereka.

- Tidak menjaga adab ketika berada di hutan. Kencing sesuka hati di merata tempat di dalam hutan.


11. Perempuan yang suka bersolek.

- Suka bersolek ketika keluar rumah dan tidak menutup aurat/seksi ketika bersendirian sama ada di dalam bilik, tandas atau khalayak ramai.


12. Suka mengusik dan jadikan teman.

- Ada juga jin yang suka kepada kita atau pasangan kita. Ada juga jin yang mahu anak gadis dijadikan teman dalam tempoh tertentu sehingga menyukarkan anak gadis itu mendapat jodoh kerana terkena pelalau.


13. Terkena Tempias.

- Ada juga orang yang terkena tempias orang lain yang sudah berulang kali kerasukan jin walaupun orang itu sudah berubat berulang kali.

...................................................................................
sumber rujukan: Majalah anis (keluaran Julai 2008)

Wednesday, November 5, 2008

TIP LANGSING





Di bawah ini adalah tip langsing tanpa susah berdiet

* SARAPAN - bekalan makanan waktu pagi adalah sumber tenaga sepanjang hari.Jangan takut untuka ambik sedikit makanan berat waktu sarapan kerana ia akan mengelakkan anda dari mengambil makan tengahari dengan banyak.Bersarapan tidak akan menggemukkan, malah tenaga yang dibekalkan akan membantu membakar kalori.

* AIR PUTIH - 8 gelas sehari.Ianya melancarkan sistem tubuh badan, membekalkan kesegaran dan menyamankan tubuh.

* TEH - tinggalkan tabiat suka minuman berkarbonat kerana ia tinggi kandungan gula.Pilihlah teh kerana ia membakar lemak dan kaya anti oksidan yang melindungi tubuh dari kanser.



* SENAMAN RINGKAS - bersenam tidak semestinya berjoging atau ke taman rekreasi atau gim.Sewaktu di pejabat juga anda boleh bersenam. Pilihlah untuk menaiki tangga berbanding lif dan selalulah mengangkat barang-barang sendiri sebagai aktiviti mengeluarkan peluh.Buat juga sedikit regangan untuk mengelakkan keletihan.


* SAYURAN - banyakkan makan makanan yang kaya serat seperti sayur dan buah.Ia amat baik untuk sistem perkumuhan dan membantu mengikat lemak dan kolesterol berlebihan yang tidak diperlukan tubuh.

* ELAK LAPAR - diet tidak semestinya mengikat perut anda dari makanan kegemaran anda.Ubah cara pemakanan dengan makan kerap dan teratur tapi dalam kuantiti yang sedikit. Elak perut dari lapar yang melampau kerana ini akan mendorong anda untuk makan banyak.


Sumber:Majalah Keluarga Harmoni 2007

Monday, November 3, 2008



WANITA , JIN DAN SIHIR (BHG 1)

Mukadimmah...

Ramai wanita yang kurang sedar adanya fitnah makhluk halus (Jin & Syaitan), malah tanpa sedar terlibat dalam amalan menggunakan Jin & Syaitan.

Kewujudan makhluk Allah daripada golongan Jin disekeliling manusia adalah sesuatu yang sudah pasti. Cuma kebanyakan manusia tidak dapat melihat jin. Kewujudan Jin jelas dinyatakan Allah di dalam Al - Quran, hinggakan satu surah di dalamnya dinamakan Surah Al-Jin.

Jin mempunyai tanggungjawab hidup seperti kita manusia, iaitu untuk menghambakan diri kepada Allah.Firman Allah s.w.t ; " Tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu". ( Az-Zariyat:56)

Termasuk dalam golongan jin ini adalah syaitan. Ramai yang kurang sedar perihal jin dan syaitan itu sentiasa mengintai dan menunggu peluang untuk duduk bersama-sama manusia. Mereka mahu menumpang tidur, makan minum dan malah tumpang sekaki bergaul ketika suami isteri bersama, Nauzubillah!..Peringatan, jangan lupa membaca Bismillah dan doa ssebelum melakukan sesuatu agar kita dilindungiNya..

Sebagaimana manusia, di kalangan jin juga ada yang beriman dan ada yang kufur. Begitu juga ada yang baik dan ada yang jahat. Jin-jin jahat dikenali umum sebagai syaitan dan ketua mereka adalah Iblis yang dilaknat oleh Allah s.w.t.

Gangguan Jin dalam Kehidupan Manusia

Secara langsung

-dikenali sebagai gangguan makhluk halus, seperti terkena sampuk, rasukan, didatangi was-was, demam panas secara tiba-tiba dan meracau-racau.
-biasanya gangguan ini dilakukan oleh jin yang berkeliaran tanpa tuan. Contohnya yang hidup di tempat kotor atau tempat buangan sampah, rumah kosong atau terpencil, di tepi sungai dan jeram, atau di takungan air tenang dalam hutan.
-jin liar ini mengganggu manusia lazimnya kerana marah apabila dirinya disakiti atau harta kawasannya diceroboh manusia. Ada juga jin jahat yang sudah jatuh cinta dengan manusia lalu mendampinginya. Malah ada juga yang menganggu tanpa sebab, hanya untuk suka-suka kerana memang perangainya jahat!(ala-ala samseng gitu).

Secara tidak langsung

-adalah dengan perantaraan manusia yang mengamalkan sihir dan menyimpan saka.Biasanya gangguan atau penyakit ini disebut terkena buatan orang.
-Ataupun boleh menyelinap di sebalik amalan kedukunan, persilatan dan teater tradisional.
-Angkara jin yang mempergunakan nafsu manusia untuk merosakkan sesama manusia semakin menjadi-jadi apabila wujud di tengah kehidupan manusia yang sombong lagi hasad.Manusia sebegini adalah orang penuh hasad dengki dan mudah rasa tercabar melihat kelebihan orang lain darinya.Mereka ini mudah saja terdorong melampiaskan sikap busuk hati itu melalui amalan sihir.

Apa itu sihir?

Sihir adalah persepakatan erat di antara si tukang sihir dengan syaitan laknatullah yang mensyaratkan tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan-perbuatan haram dan syirik, di samping menyerahkan segala bentuk ketaatan kepadanya(syaitan) demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajati.(As-Syeikh Wahid Abdul Salam Bali dalam bukunya sejata Tajam Untuk Menangani ilmu Sihir & Ilmu Hitam)
10 LANGKAH MENCAPAI PEMAKANAN SEIMBANG KETIKA MENYUSU


*Nikmati pelbagai pilihan makanan berkhasiat sepanjang hari.

*Makanlah banyak roti dan bijirin ( jenis bijirin penuh adalah lebih baik ).

*Masukkan makanan yang tinggi kandungan asid lemak omega-3 seperti ikan berminyak (tuna, salmon), roti, telur dan minyak canola.

*Cuba capai kuota 5 hidangan sayur dan 2 hidangan buah setiap hari

*Nikmati makanan kaya kalsium setiap hari (1 hidangan bersamaan secawan susu atau minuman soya yang diperkaya kalsium, sekeping keju atau satu tub yogurt.

*Ambil gula atau makanan yang mengandungi gula secara sederhana.

*Pilih makanan yang kurang garam dan gunakan sedikit saja dalam makanan anda.

*Makan makanan yang mengandungi zat besi setiap hari, seperti daging merah tanpa lemak dan bijirin sarapan yang iperkuat dengan vitamin.

*Minum kira-kira 2 Liter air sehari ( 8-10 gelas air putih).
*Kekalkan berat badan yang sihat dengan menyeimbangkan aktiviti fizikal dengan pengambilan makanan ( cuba dapatkan 20-30 minit aktiviti
sehari).



Sumber: majalah Mami & Baby (keluaran Disember 2005)