Wednesday, November 5, 2008

TIP LANGSING





Di bawah ini adalah tip langsing tanpa susah berdiet

* SARAPAN - bekalan makanan waktu pagi adalah sumber tenaga sepanjang hari.Jangan takut untuka ambik sedikit makanan berat waktu sarapan kerana ia akan mengelakkan anda dari mengambil makan tengahari dengan banyak.Bersarapan tidak akan menggemukkan, malah tenaga yang dibekalkan akan membantu membakar kalori.

* AIR PUTIH - 8 gelas sehari.Ianya melancarkan sistem tubuh badan, membekalkan kesegaran dan menyamankan tubuh.

* TEH - tinggalkan tabiat suka minuman berkarbonat kerana ia tinggi kandungan gula.Pilihlah teh kerana ia membakar lemak dan kaya anti oksidan yang melindungi tubuh dari kanser.



* SENAMAN RINGKAS - bersenam tidak semestinya berjoging atau ke taman rekreasi atau gim.Sewaktu di pejabat juga anda boleh bersenam. Pilihlah untuk menaiki tangga berbanding lif dan selalulah mengangkat barang-barang sendiri sebagai aktiviti mengeluarkan peluh.Buat juga sedikit regangan untuk mengelakkan keletihan.


* SAYURAN - banyakkan makan makanan yang kaya serat seperti sayur dan buah.Ia amat baik untuk sistem perkumuhan dan membantu mengikat lemak dan kolesterol berlebihan yang tidak diperlukan tubuh.

* ELAK LAPAR - diet tidak semestinya mengikat perut anda dari makanan kegemaran anda.Ubah cara pemakanan dengan makan kerap dan teratur tapi dalam kuantiti yang sedikit. Elak perut dari lapar yang melampau kerana ini akan mendorong anda untuk makan banyak.


Sumber:Majalah Keluarga Harmoni 2007

Monday, November 3, 2008



WANITA , JIN DAN SIHIR (BHG 1)

Mukadimmah...

Ramai wanita yang kurang sedar adanya fitnah makhluk halus (Jin & Syaitan), malah tanpa sedar terlibat dalam amalan menggunakan Jin & Syaitan.

Kewujudan makhluk Allah daripada golongan Jin disekeliling manusia adalah sesuatu yang sudah pasti. Cuma kebanyakan manusia tidak dapat melihat jin. Kewujudan Jin jelas dinyatakan Allah di dalam Al - Quran, hinggakan satu surah di dalamnya dinamakan Surah Al-Jin.

Jin mempunyai tanggungjawab hidup seperti kita manusia, iaitu untuk menghambakan diri kepada Allah.Firman Allah s.w.t ; " Tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu". ( Az-Zariyat:56)

Termasuk dalam golongan jin ini adalah syaitan. Ramai yang kurang sedar perihal jin dan syaitan itu sentiasa mengintai dan menunggu peluang untuk duduk bersama-sama manusia. Mereka mahu menumpang tidur, makan minum dan malah tumpang sekaki bergaul ketika suami isteri bersama, Nauzubillah!..Peringatan, jangan lupa membaca Bismillah dan doa ssebelum melakukan sesuatu agar kita dilindungiNya..

Sebagaimana manusia, di kalangan jin juga ada yang beriman dan ada yang kufur. Begitu juga ada yang baik dan ada yang jahat. Jin-jin jahat dikenali umum sebagai syaitan dan ketua mereka adalah Iblis yang dilaknat oleh Allah s.w.t.

Gangguan Jin dalam Kehidupan Manusia

Secara langsung

-dikenali sebagai gangguan makhluk halus, seperti terkena sampuk, rasukan, didatangi was-was, demam panas secara tiba-tiba dan meracau-racau.
-biasanya gangguan ini dilakukan oleh jin yang berkeliaran tanpa tuan. Contohnya yang hidup di tempat kotor atau tempat buangan sampah, rumah kosong atau terpencil, di tepi sungai dan jeram, atau di takungan air tenang dalam hutan.
-jin liar ini mengganggu manusia lazimnya kerana marah apabila dirinya disakiti atau harta kawasannya diceroboh manusia. Ada juga jin jahat yang sudah jatuh cinta dengan manusia lalu mendampinginya. Malah ada juga yang menganggu tanpa sebab, hanya untuk suka-suka kerana memang perangainya jahat!(ala-ala samseng gitu).

Secara tidak langsung

-adalah dengan perantaraan manusia yang mengamalkan sihir dan menyimpan saka.Biasanya gangguan atau penyakit ini disebut terkena buatan orang.
-Ataupun boleh menyelinap di sebalik amalan kedukunan, persilatan dan teater tradisional.
-Angkara jin yang mempergunakan nafsu manusia untuk merosakkan sesama manusia semakin menjadi-jadi apabila wujud di tengah kehidupan manusia yang sombong lagi hasad.Manusia sebegini adalah orang penuh hasad dengki dan mudah rasa tercabar melihat kelebihan orang lain darinya.Mereka ini mudah saja terdorong melampiaskan sikap busuk hati itu melalui amalan sihir.

Apa itu sihir?

Sihir adalah persepakatan erat di antara si tukang sihir dengan syaitan laknatullah yang mensyaratkan tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan-perbuatan haram dan syirik, di samping menyerahkan segala bentuk ketaatan kepadanya(syaitan) demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajati.(As-Syeikh Wahid Abdul Salam Bali dalam bukunya sejata Tajam Untuk Menangani ilmu Sihir & Ilmu Hitam)
10 LANGKAH MENCAPAI PEMAKANAN SEIMBANG KETIKA MENYUSU


*Nikmati pelbagai pilihan makanan berkhasiat sepanjang hari.

*Makanlah banyak roti dan bijirin ( jenis bijirin penuh adalah lebih baik ).

*Masukkan makanan yang tinggi kandungan asid lemak omega-3 seperti ikan berminyak (tuna, salmon), roti, telur dan minyak canola.

*Cuba capai kuota 5 hidangan sayur dan 2 hidangan buah setiap hari

*Nikmati makanan kaya kalsium setiap hari (1 hidangan bersamaan secawan susu atau minuman soya yang diperkaya kalsium, sekeping keju atau satu tub yogurt.

*Ambil gula atau makanan yang mengandungi gula secara sederhana.

*Pilih makanan yang kurang garam dan gunakan sedikit saja dalam makanan anda.

*Makan makanan yang mengandungi zat besi setiap hari, seperti daging merah tanpa lemak dan bijirin sarapan yang iperkuat dengan vitamin.

*Minum kira-kira 2 Liter air sehari ( 8-10 gelas air putih).
*Kekalkan berat badan yang sihat dengan menyeimbangkan aktiviti fizikal dengan pengambilan makanan ( cuba dapatkan 20-30 minit aktiviti
sehari).



Sumber: majalah Mami & Baby (keluaran Disember 2005)

Friday, October 31, 2008






KETAHUI JANGKA HAYAT ALAT SOLEK ANDA


Haa ni penting untuk orang perempuan semua.Jangan pula tak tahu alat solek pun ada 'expired'nya.Supaya muka tak timbul masalah eloklah cek balik bila agaknya alat solek kamu tu di 'manufacture'.


GINCU-2 tahun ( tapi kalau gemar bersolek mesti cepat habis kan?)

BEDAK ASAS - Bedak asas yang berasaskan air boleh tahan sehingga 1 tahun, Bedak asas yang berasaskan minyak 18 bulan (1 tahun 6 bulan)

PEMBAYANG MATA- 2 tahun

PENSEL BIBIR- 2 tahun

BEDAK PADAT- 2 tahun

CONCEALER - 1 tahun

MASKARA - Sebaik-baiknya elak guna maskara 3 bulan dari tarikh pengeluarannya.

...........................................................................................


VITAMIN UNTUK KULIT


* VITAMIN A
- mengawal pengeluaran sebum(minyak) pada wajah.
- mengurangkan kadar kerut dan kedutan pada kulit.
- menguatkan sel kulit.


* VITAMIN B
- mencegah pertumbuhan jerawat.
- menggalakkkan sel kulit baru.
- memberi keserataan pada warna kulit.


* VITAMIN C
- mencegah proses penuaan kulit.
- Antibakteria yang baik untuk melawan jerawat.
- Kaya dengan kolagen untuk melindungi kulit.


* VITAMIN E
- Antioksidan terbaik untuk memperkuatkan kulit anda.
- Membuatkan kulit kusam menjadi tegang dan kental
- memulihkan radang kulit dengan cepat.

tip: minyak zaitun mempunyai pelbagai vitamin penting untuk kulit, ianya membantu melambatkan penuaan dan mencegah kekeringan kulit.
MAKANAN APA YANG SESUAI UNTUK BAYI?


6-12 bulan

Selain dari susu anda perlu memberikan makanan pejal untuk bayi anda bagi meyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat.

Tekstur makanan:

-bagi mereka puri ( ubi kentang yang direbus dan dijadikan puri) yang separuh cair atau bubur nasi yang halus.
-jangan tambah perisa ( garam dan sebagainya) kerana bahan perisa akan merosakkan ginjal bayi yang masih muda.mereka tidak akan keberatan memakan makanan yang tawar kerana mereka belum pernah merasa makanan.
-usia 7-8 bulan, makanan boleh dikisar atau dilumatkan kepada tekstur yang lebih kasar sedikit. Anda boleh tambahkan ayam dan daging dalam makanan mereka(kisar).tapi perkenalkan satu persatu dalam tempoh seminggu.boleh juga tambah bilis dan sayur seperti lobak yang dikisar ke dalam bubur
-usia 8-9 bulan, perkenalkan bayi kepada makanan yang berbentuk ketulan.Potong makanan mereka menjadi kepingan-kepingan kecil dan bukan lagi mengisarnya (buah yang di buang kulit seperti epal atau pear, atau ayam). Beri mereka banyak makanan jejari agar mereka mahir untuk memasukkan makanan ke dalam mulut dan memegang dengan baik.boleh juga beri mereka biskut bayi (rusk).
-usia 10-12 bulan, bayi boleh memakan semua jenis makanan yang dimakan keluarga asalkan bukan makanan ringan dan yang manis.Berikan mereka makanan yang berkhasiat saja.Potong kepada saiz yang boleh digigit.seperti roti bakar, tauhu goreng, sup daan buah- buahan.



13-18 bulan
Pada waktu ini si manja telah pun mempunyai beberapa batang gigi dan boleh mengunyah dengan baik. Dia boleh makan bersama dengan keluarga dan apa yang perlu anda buat ialah asingkan masakan untuknya sebelum menambah perisa (aji nomoto).garam boleh dalam kuantiti yang sedikit saja.

Untuk makanan yang sihat anda harus mempelbagaikan makanan untuknya daripada kumpulan makanan dalam pyramid makanan setiap hari.
Contohnya; makanan yang mengandungi karbohidrat-nasi, mee hoon sup, roti bakar yang di spu marjerin atau jem .makanan yang mengandungi protein-ikan, telur dan ayam. Buah-buahan dan syur-sayuran yang membekalkan pelbagai jenis vitamin dan zat galian yang dapat memberikan mereka daya tahan badan yang baik seperti; betik, tembikai, pisang,bayam,tomato,sawi, brokoli.


19-24 bulan

Kanak pada usia ini sudah pandai berjalan dan memerlukan banyak tenaga. Jadi anda perlu memberikan lebih banyak makanan yang berasaskan karbohidrat seperti nasi, dan mee. Sayur dan buah juga perlu dimasukkan dalam hidangan mereka setiap hari. Kerana makanan ini kaya serat dan zat galian penting untuk merka.
Susu masih antara menu penting bagi mereka kerana ia kaya kalsium yang membantu dalam pembentukkan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.

2-6 tahun

Kanak-kanak di usia ini sangat aktif dan lasak. Mereka mudah terjatuh semasa berlari, bermain ataupun berjalan. Penting untuk anda menyediakan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar anak anda cepat sembuh dari kecederaan.

Makanan yang kaya protein, vitamin A, C, E dan zink perlu untuk system pertahanan tubuh yang kuat. Anda digalakkan agar buah-buah dimakan sebaik sahaja dipotong. Begitu juga dengan sayuran, pastikan anda membasuhnya dengan sempurna dan masaklah segera slepas dipotong. Jangan sediakan sayuran lebih awal sebelum dimasak.Ini akan menghilangkan vitamin yang ada di dalamnya.



Sumber: majalah Pa&Ma keluaran September 2005

Thursday, October 23, 2008

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok

Pada 21 haribulan Disember 2007 kami bertiga dan kawan baik suami pergi melawat Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok, Sandakan.Ianya memang sinonim sebagai tempat yang mesti dilawati oleh pelancong apabila datang ke Sandakan.Pada sesiapa yang belum pernah berkunjung ke pusat ini dan berminat bolehlah datang untuk melihat sendiri orang utan yang terdapat di pusat ini. Untuk melihat orang utan waktunya ialah ketika mereka di beri makan, iaitu pada sebelah pagi sekitar jam 10 pagi dan sebelah petang pada jam 2-3 petang.Masuk ke tempat untuk melihat orang utan ini dikenakan caj RM5 seorang.Kami tidak tahu pula untuk melihat orang utan ada masa-masa tertentu dan nasiblah kami datang pada jam 2 petang, kalau tak rugilah.Seperti sudah terlatih orang utan akan datang dengan sendirinya pada waktu tersebut ke tempat yang memang di buat khas seperti pelantar untuk pengunjung meihat dengan lebih dekat haiwan ini...tapi dalam masa yang sama ada juga beruk dan monyet yang datang menganggu orang utan tersebut makan malah, bukan saja mengganggu orang utan tetapi juga pengunjung.Memang berlagaklah beruk ni.Selepas selesai makan lebih kurang 30 minit,orang utan tersebut akan beredar satu demi satu dengan bergayut di tali yang disediakan dan kembali semula ke dalam hutan.








Taman Buaya Sandakan

Selepas melihat orang utan kami teruskan perjalanan ke Tamab Buaya Sandakan (Sandakan Crocodile Farm).Caj masuk ialah RM4 tapi itu hampir setahun yang lalu, sekarang tak tahu pula berapa maklulah semua benda naik harga sekarang!walaupun nama tempat ini taman buaya tapi banyak lagi binatang lain yang turut dipelihara dan dijaga di taman ini seperti burung kasawari, landak, kura-kura, monyet,ular, ikan dan burung merak. Sesuai sangatlah bawa anak ke sini boleh juga memperkenalkan mereka kepada haiwan-haiwan tersebut.kita yang da dewasa ni pun boleh belajar sama.Pertama kali lah tengik buaya dekat macam tu.Landak pun tak pernah tengok dekat.untuk melihat buaya yang sangatlah banyaknya pengunjung kena berjalan di atas titi kayu yang berpagar yang dibina di sekeliling taman.Seram juga tengok buaya -buaya yang besar-besar di bawah titi.Macam lalu titian siratulmustakim pula.macam-macam persaan dalam hati takut tiba-tiba titi tu roboh dan jatuh ke bawah di makan buaya..eee..dan bau hanyir pun kuat di kawasan buaya ni..maklumlah mereka kan makan daging mentah.Selain tu ada juga pertunjukan penjaga buaya bersama buayanya.berus gigi buayalah, mandi bersama buayalah.hebat sungguh tak takut buaya.


Wednesday, October 22, 2008


15 CARA MENJADI ISTERI IDAMAN SUAMI
Sesungguhnya bagi kejayaan seorang lelaki, berdiri di belakangnya adalah seorang isteri yang hebat.Dan berjayanya seorang anak, berdiri di belakangnya juga seorang ibu yang hebat.

CIRI-CIRI WANITA YANG MENJADI IDAMAN SUAMI IALAH:

1. Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.


2. Bersikap malu terhadap suami. Dengan adanya sikap sebegini, isteri itu akan sentiasa berusaha untuk kelihatan sempurna bukan hanya di depan bahkan juga ketika di belakang suami.


3. Berdiam ketika suami sedang bercakap, baru bersuara setelah suami habis bercakap.. bukan sepatah cakap suami, 10 jawabnya. Kalaupun tidak dapat meleraikan kekusutan suami, cukuplah sekadar menjadi pendengar setia.
4. Sentiasa bersikap hormat pada suami .

5. Sentiasa bersedia apabila suami memerlukan. Jangan sesekali tunjukkan rasa terpaksa, penat dan sebagainya. Kerana itu, bagi wanita yang memilih untuk bekerja, mereka perlu ikhlas dan bijak membahagikan masa. ingatlah, apabila ad rasa ikhlas segalanya akan menjadi ringan dan apabila bijak membahagikan masa segalanya akan menjadi mudah.


6. Memahami perubahan sikap suami. Contohnya, ketika suami sedang marah, kecewa, gembira, cemas atau ingin bersendirian.Sikap semulajadi lelaki sukar meluahkan perasaan jadi isteri harus faham dan jangan mudah terasa hati akan perubahan sikap tersebut.

7. Satu lagi sikap semulajadi lelaki, ialah hanya mampu memberikan tumpuan pada satu perkara dalam satu waktu. Jadi jangan sesekali mengajak suami berbual atau bercerita tentang masalah di tempat kerja ketika dia sedang menonton bola sepak dan sebagainya. Perbuatan itu bukan saja akan mengecewakan anda kerana tidak mendapat perhatiannya, tetapi juga akan menimbulkan kemarahan suami.


8. Memakai wangi-wangian dan berpakaian kemas ketika bersama suami. Ingat di luar, suami sentiasa berhadapan dengan wanita-wanita cantik, harum dan menggoda. Jadi pastikan apabila pulang ke rumah, dia tidak pula berhadapan dengan isteri yang hanya berkain bati dan t-shirt lusuh, muka berminyak dan bau badan yang tidak menyenangkan.


9. Jaga mulut dari bau-bauan yang tidak menyenangkan. Lepas makan petai,belacan atau durian segeralah berus gigi atau buatlah sesuatu agar dapat mengatasi masalah tersebut sebelum ditegur suami.Apatah lagi jika mulut berbau kerana kerosakan gigi.


10. Sentiasa menjaga kehormatan diri terutama ketika ketiadaan suami. Jaga pakaian dengan memakai pakaian yang menutup aurat dan jaga tingkah laku. Ini kerana,ramai wanita yang lepas tingkah laku dan tutur kata kononnya mereka mahu setanding dengan kaum lelaki.


11. Bersyukur di atas apa yang disediakan dan diberikan oleh suami. Jangan suka meminta-minta, apalagi jika ia di luar kemampuan suami. jangan sesekali membanding-bandingkan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain dengan apa yang anda miliki.
12. Dalam apajua situasi, sentiasa berdiri di belakang suami. Menjadi tongkat ketika suami jatuh dan menjadi pemngkin ketika suami berjaya.

13. Tidak keluar rumah tanpa izin suami. begitu juga dengan isteri yang bekerja. bekerja bukan alasan untuk mereka bebas ke sana ke mari

14. Sentiasa tersenyum. Sesungguhnya senyuman adalah sebesar-besar penawar di dalam apa jua situasi.

15. Sentiasa menghormati keluarga suami. Menyayangi dan melayan keluarga suami dengan baik sama seperti keluarga sendiri.