Wednesday, October 22, 2008


15 CARA MENJADI ISTERI IDAMAN SUAMI
Sesungguhnya bagi kejayaan seorang lelaki, berdiri di belakangnya adalah seorang isteri yang hebat.Dan berjayanya seorang anak, berdiri di belakangnya juga seorang ibu yang hebat.

CIRI-CIRI WANITA YANG MENJADI IDAMAN SUAMI IALAH:

1. Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.


2. Bersikap malu terhadap suami. Dengan adanya sikap sebegini, isteri itu akan sentiasa berusaha untuk kelihatan sempurna bukan hanya di depan bahkan juga ketika di belakang suami.


3. Berdiam ketika suami sedang bercakap, baru bersuara setelah suami habis bercakap.. bukan sepatah cakap suami, 10 jawabnya. Kalaupun tidak dapat meleraikan kekusutan suami, cukuplah sekadar menjadi pendengar setia.
4. Sentiasa bersikap hormat pada suami .

5. Sentiasa bersedia apabila suami memerlukan. Jangan sesekali tunjukkan rasa terpaksa, penat dan sebagainya. Kerana itu, bagi wanita yang memilih untuk bekerja, mereka perlu ikhlas dan bijak membahagikan masa. ingatlah, apabila ad rasa ikhlas segalanya akan menjadi ringan dan apabila bijak membahagikan masa segalanya akan menjadi mudah.


6. Memahami perubahan sikap suami. Contohnya, ketika suami sedang marah, kecewa, gembira, cemas atau ingin bersendirian.Sikap semulajadi lelaki sukar meluahkan perasaan jadi isteri harus faham dan jangan mudah terasa hati akan perubahan sikap tersebut.

7. Satu lagi sikap semulajadi lelaki, ialah hanya mampu memberikan tumpuan pada satu perkara dalam satu waktu. Jadi jangan sesekali mengajak suami berbual atau bercerita tentang masalah di tempat kerja ketika dia sedang menonton bola sepak dan sebagainya. Perbuatan itu bukan saja akan mengecewakan anda kerana tidak mendapat perhatiannya, tetapi juga akan menimbulkan kemarahan suami.


8. Memakai wangi-wangian dan berpakaian kemas ketika bersama suami. Ingat di luar, suami sentiasa berhadapan dengan wanita-wanita cantik, harum dan menggoda. Jadi pastikan apabila pulang ke rumah, dia tidak pula berhadapan dengan isteri yang hanya berkain bati dan t-shirt lusuh, muka berminyak dan bau badan yang tidak menyenangkan.


9. Jaga mulut dari bau-bauan yang tidak menyenangkan. Lepas makan petai,belacan atau durian segeralah berus gigi atau buatlah sesuatu agar dapat mengatasi masalah tersebut sebelum ditegur suami.Apatah lagi jika mulut berbau kerana kerosakan gigi.


10. Sentiasa menjaga kehormatan diri terutama ketika ketiadaan suami. Jaga pakaian dengan memakai pakaian yang menutup aurat dan jaga tingkah laku. Ini kerana,ramai wanita yang lepas tingkah laku dan tutur kata kononnya mereka mahu setanding dengan kaum lelaki.


11. Bersyukur di atas apa yang disediakan dan diberikan oleh suami. Jangan suka meminta-minta, apalagi jika ia di luar kemampuan suami. jangan sesekali membanding-bandingkan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain dengan apa yang anda miliki.
12. Dalam apajua situasi, sentiasa berdiri di belakang suami. Menjadi tongkat ketika suami jatuh dan menjadi pemngkin ketika suami berjaya.

13. Tidak keluar rumah tanpa izin suami. begitu juga dengan isteri yang bekerja. bekerja bukan alasan untuk mereka bebas ke sana ke mari

14. Sentiasa tersenyum. Sesungguhnya senyuman adalah sebesar-besar penawar di dalam apa jua situasi.

15. Sentiasa menghormati keluarga suami. Menyayangi dan melayan keluarga suami dengan baik sama seperti keluarga sendiri.

3 comments:

noy said...

supaya korang tak kesunyian ketika melayari blog ku ni klik'Layan je' di ruangan Info k sebelah kanan korang..thank u.

dya said...

wah..info yg amat menarik dan berguna buat mereka yg bgelar ISTERI...
noy...byk benda la kau nak belajar dgn ko psl blog ni...ada masa, aku kontek ko aaa...bye!

dya said...

alamak...ada correction la dg ayat aku dlm comment 2...actlly, "byk benda aku naj belajar dgn ko..." hehehehe...jgn mare aaa...