Saturday, October 11, 2008

Pulau Mataking
















Setelah mempunyai blog ini, ada baiknya saya menyimpan foto kenangan sewaktu berjalan-jalan ke Pulau Mataking, Semporna pada 18 Februari 2007 yang lalu.Walaupun dah setahun lebih tapi elok juga di imbas kembali.
Kawan baik kami En. Rinato yang sebetulnya mencadangkan perjalnan ini.Nasib kami memang baik kerana bukan senang dapat peluang ke pulau.Cuaca pun cukup baik.Keluarga yang kebetulan datang bercuti ke Semporna 'langkah kanan' dapat ikut serta.


Perjalanan ke Pulau Mataking memakan masa selama lebih kurang 45minit mlalui bot dari tanah besar.Jetinya berhampiran dengan Hotel Seafest...urusan perjalanan di buat di pejabat The Reef Dive Resort berdekatan jeti.Bagi yang ingin mlakukan aktiviti skuba diving pulau ini memang terkenal selain dari pulau Sipadan dan Mabul...lSesampainya kami di jeti, kami terpegun melihat kejernihan airnya, biru...saujana mata memandang...pelbagai jenis ikan boleh di lihat.Foto ikan tu di ambil dari tangga jeti saja,bukan ciplak dari mana-mana website, sendiri ambil tau..Kami bersantai dan berjalan-jalan di sekitar pulau selama beberapa jam sebelum berangkat pulang pada tengaharinya.Apa yang ada di pulau ni ialah pemandangan yang megagumkan di sebelah timur berbeza degan di baratnya macam berada di dua benua yang berbeza.., menara tinjau,chalet(mahal jugala dalam RM400 semalam)...paling penting dapat layan perasaan jauh dari kesibukan..;)


No comments: