Wednesday, December 24, 2008

MEMORI BAHAGIA

Hari ni ulangtahun perkhawinan ke-4 ku.Syukur ke hadrat Ilahi kami masih bersama dan bahagia.Tiada apa yang mampu dikatakan selain memanjatkan kesyukuran kepadaNya dan berdoa semoga kami berkekalan hingga akhir hayat, tetap bersama di akhirat, murah rezeki, sihat dan dikurniakan zuriat yang sihat, soleh/ah.Aminnn

Thursday, December 18, 2008



ZON KABUS

Bagi pengguna Jalan Keningau- Kimanis mungkin sudah biasa dengan fanomena kabus di bahagian pertengahan jalanraya yang merentasi lereng Banjaran Crocker ini.Jalanraya ini dibina merentasi banjaran sehingga ke tahap 19% kecerunan.Hanya mengambil masa yang singkat untuk sampai ke Papar iaitu kira-kira sejam.
Sekiranya nasib kurang baik terutamanya waktu hujan atau selepas hujan ataupun lewat petang kemungkinan anda akan berhadapan dengan kabus yang menghalang pemanduan atau pemanduan menjadi lambat kerana perlu lebih berwaspada. Kabus tersebut hampir terdapat di sepanjang jalan terutama sekali di puncak tertinggi berhampiran kawasan Dimie Pedalaman Resort dan seterusnya.Ada pemandu yang kurang yakin akan berhenti di tepi jalan buat seketika..apa pun sepanjang jalan telinga akan berdesing kerana berada di kawasan yang tinggi.
Walaupun begitu, sepanjang jalan ini ada terdapat beberapa kawasan yang menarik untuk dilawati di samping udara sejuk yang nyaman.Antara kawasan yang boleh dilawati ialah Taman Banjaran Crocker yang berada di Kilometer 24 sebelum sampai Keningau dan Dimie Pedalaman Resort dan beberapa lagi resort persendirian yang masih dalam pembinaan.Cerita tentang tempat menarik ini akan menyusul di masa akan datang!

Wednesday, December 17, 2008

APAKAH INI?



Sekali pandang kalau tengok rupa asalnya seperti bunga kantan(maaf tiada foto rupa asal tuhau).Aku beli yang sedia dipotong punya..hehe sebab kurang arif takut salah ambil bahagian yang mana.Inilah 'Tuhau'- sejenis tumbuhan yang dikategorikan sebagai ulam/sayuran yang popular di Keningau.Ianya makanan ulam tradisi suku kaum Dusun/Kadazan.Aku ni orang Kadazan jadi nak belajar membuatnya sendiri.Pertama kali makan pada tahun lepas.Rasanya eksotik..ada sedikit bau yang berbeza tapi rasanya sedap.Selalunya tuhau ni dimakan mentah jadi sambal -ditumbuk campur lada, limau kasturi dan belacan.Ada juga yang mencampukannya dengan sayuran seperti peria atau masak bersama daun kuchai.


RESIPIKU....



Selalunya aku bagi resipi yang bukan dari idea sendiri.Kali ni aku nak kongsi resipi ringkas yang aku selalu buat sendiri untuk hidangan sarapan atau minum petang.Sesuailah untuk kita-kita yang muda ni yang mahu semua benda dibuat cepat, mudah, berkhasiat dan sedap!

CUCUR BILIS

bahan-bahan:

(sukatan tiada terpulang kepada kamu banyak mana nak buat-memasak kan benda kreatif, apa-apa saja kan)
tepung gandum
bilis-ditumbuk atau dikisar
bawang merah-dihiris
kacang panjang-potong kecil macam dadu
daun bawang
garam-secukup rasa
gula
serbuk penaik-sikit sahaja
minyak/marjerin
air
minyak untuk memasak

caranya:
-ayak tepung bersama serbuk penaik.
-masukkan tepung yang diayak tadi dalam mangkuk, campurkan air secukupnya sampai adunan sempurna( tidak cair dan tidak terlalu keras)
-masukkan bawang, bilis, kacang panjang, daun bawang, garam, gula dan marjerin.gaul sebati.
-panaskan minyak dan bolehlah digoreng.
-hidangkan bersama sos cili ala thai, memang meletop!

tip: mak mertuaku cakap kalau nak cucur kita rangup campurkan sedikit marjerin/minyak dalam adunan tepung.cubalah!

Saturday, December 13, 2008

PERSEDIAAN AWAL UNTUK HAMIL


Tips ini amat penting buat anda yang hendak mendirikan rumahtangga ataupun yang baru pertama kali ingin menimang cahaya mata. Semoga tips ini walaupun ringkas dapat memberi info berguna pada anda.
* Ambil asid folik
- ramai wanita kurang mengetahui kepentingan asid folik sebelum hamil.Ia membantu menghindarkan kecacatan pada bayi dan penting dalam perkembangan saraf serta otak bayi.Ia merupakan vitamin yang boleh ditemui dalam sayuran berdaun hijau (cth: brokoli) dan bijirin dan buah-buahan.Pil asid folik boleh didapati di farmasi atau klinik selepas mendapat nasihat doktor.Dos yang dsyorkan ialah 400mikrogram sehari dan diambil 2-3 bulan sebelum merancang hamil.
* Amal makanan sihat dan seimbang
- dalam 3-4 bulan sebeluum ingin hamil,titikberatkan pemakanan anda.ambillah makanan yang berkhasiat dan seimbang.Tinggalkan makanan ringan yang memudaratkan kesihatan.
* Berhenti ambil kafein
- Pengambilan kafein yang berlebihan dikhuatiri mengurangkan peluang pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat. Ia dikatakan meningkatkan kemungkinan keguguran kandungan.walaupun ia sukar dibuktikan namun, pakar perubatan dan perbidanan menasihatkan ibu-ibu agar mengurangkan pengambilan kafein demi kesihatan janin.Kafein boleh didapati dalam teh, kopi, coklat dan dalam beberapa ubat selsema atau sakit kepala.
* Berhenti merokok, alkohol dan ubat-ubatan yang memberi kesan buruk pada bayi.
- Hentikan segera tabiat di atas demi untuk kesihatan bayi dalam kandungan.Bagi yang Muslim semestinya anda tahu bahawa merokok dan alkohol dilarang dalam Islam.Amalkan sikap yang baik dan selalu membaca Al-Quran mudah-mudahan Allah sentiasa memudahkan proses kehamilan anda.
Petua

Hilangkan Lemak Ayam


Ketika membersihkan ayam kita sering berdepan maslah utuk membuang lemak yang melekat pada daging ayam.Cara untuk mengatasi masalah ini ialah; selepas membersihkan ayam dengan air bersih, sapukan tepung gandum pada ayam dan biar seketika. Kemudian, basuh semula ayam tadi dengan air. Hasilnya lemak ayam akan tertanggal dengan mudah.

Kurangkan Pedas Cili



Masakan yang menggunakn cili memang sedap. Tapi jika tidak kena dengan caranya, cili menjadi terlalu pedas. bagi mengurangkan rasa pedas cili, sebelum menggiling /mengisar, goreng cili terlebih dahuludengan sedikit minyak masak. InsyaAllah, cili tadi bukan saja kurang pedas malah warnanya juga cantik.

Thursday, December 11, 2008


ADAB BERDOA YANG DIMAKBULKAN

1. Mulakan dengan puji-pujian terhadap Allah s.w.t dan berselawat.Sudahi juga doa dengan kedua-duanya.

2. Tekun dan doa berterusan tanpa putus asa.

3. Berdoa denga suara yang perlahan atau sederhana.

4. Merendah diri semasa berdoa, bertaubat kepada Allah dan bersyukur atas nikmatNya.

5. Tidak menggunakan bahasa yang berbelit atau sukar difahami semasa berdoa.

6. Mengulangi doa sebanyak 3 kali.

7. Menghadap kiblat.

8. Mengangkat kedua-dua tangan ketika berdoa.

9. Berwuduk terlebih dahulu.

10. Mendoakan diri sendiri dulu sebelum orang lain.

11. Berdoa dengan menggunakan nama Allah s.w.t yang mulia dan sifatnya Yang Maha Tinggi.

12. Berdoa dalam keadaan fizikal yang bersih dari segi pakaian dan makan minum.

13. Membaca syahadah dan meminta ampun terlebih dahulu (istighfar).

14. Rendah diri, tawadduk, tawakal dan bertaqwa.

15. Memilih tempat yang sesuai dan mustajab.

16. Berdoa dengan doa yang pernah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w.

Monday, December 8, 2008


SELAMAT PENGANTIN BARU



Tahniah buat sahabatku Zurina yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya pada 29 November 2008. Ku doakan semoga kamu berbahagia hingga akhir hayat dan semoga dikurniakan zuriat yang soleh/ah.
untuk lebih paparan sila klik http://-zurina-.fotopages.com/

"Seindah-indah perhiasan dunia ialah wanita solehah"

“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Thursday, December 4, 2008

SELAMAT TINGGAL SEMPORNA!!


22 hb November, itulah hari terakhirku sekeluarga di Semporna. kerana kesibukan menguruskan perpindahan jugalah lama aku tidak menjenguk blogku ini.Walaupun Semporna pekan kecil tapi di sinilah syurga makanan laut..dan pastinya aku rindu pada ikan -ikan yang segar-segar dan murah.Udang, sotong dan ketam tak payah cakaplah memang baik punya!Semporna juga digemari pelancong luar yang tertarik dengan pulau-pulaunya yang indah. Terima kasih juga buat sahabat -sahabat kami di Semporna yang sangat baik hati; En. Rinato dan isteri, beliau Madu dan keluarga, warga kerja SESB, kawan-kawan di Tawau-staf Takaful Malaysia,Aza dan keluarga serta sanak-saudara kami yang berada di Tawau.Jasa kalian semua tetap kami kenang selamanya.Kini Keningau destinasi baru kami...



. Hotel Seafest, Semporna



aleeya pose berlatar belakangkan Masjid Al-Kauthar, Tawau

Masjid Al-Kauthar, Tawau