Thursday, January 29, 2009

Taman Rama-rama Kipandi
Pada 23 hb Disember 2008 lalu, aku dan suami serta Aleeya singgah melawat ke Taman Rama-rama Kipandi yang terletak di KM35 Jalan Kota Kinabalu- Keningau. Taman ini berada di dalam kawasan Kampung Moyog, Penampang.

Taman ini merupakan milik persendirian seorang usahawan berbangsa Dusun, anak jati Kampung Moyog.Bayaran masuk ke taman ini ialah RM10 bagi dewasa. Kanak-kanak seperti Aleeya percuma.Anda perlu mendaki banyak anak tangga untuk melihat taman rerama, ini kerana bentuk muka bumi di kawasan ini berbukit-bukit( di lereng Banjaran Crocker).

Nasib kami agak kurang baik kerana kami tiba di taman ini ketika hujan gerimis.Rama-rama tidak suka terbang ketika hujan walaupun hanya hujan gerimis yang sedikit.Kami hanya dapat melihat beberapa spesis sahaja seperti Rajah Brooke.Warnanya hitam berbelang putih.Kami juga berpeluang melihat kepompong dan ulat beluncas dari spesis yang besar.terdapat juga bilik pameran yang meletakkan haiwan yang menjadi pemangsa kepada rerama seperti mentadak, sesumpah dan gonggok rasaksa.

Selain melihat rerama, kami juga dapat melawat taman Orkid Liar. Di taman ini ada juga terdapat spesis periuk kera dan tumbuh-tumbuhan hutan lain seperti tanduk rusa dan keladi liar yang agak sukar ditemui.
Berhampiran taman rama-rama terdapat bilik pameran yang menyimpan pelbagai spesis rama-rama dari pelusok dunia, spesis serangga, labah-labah dan gonggok yang telah diawet.

Ada juga aktiviti melihat serangga di waktu malam di taman ini.Sebidang skrin putih di letakkan di hujung taman yang dipasang lampu untuk menarik perhatian serangga hutan datang.Pokoknya taman ini menyediakan pelbagai perkara berbentuk ilmiah kepada pengunujungnya.Sesiapa yang berminat datanglah ke taman ini!

Sunday, January 18, 2009

PERSEDIAAN MENJADI BAPA
Anda ingat suami tidak teruja untuk menimang anak…mereka juga sama seperti anda tidak sabar jadi ayah, bapa, abah…papa,daddy, abi,nyian…dsb..

berikut adalah tip persediaan bagi bakal-bakal lelaki yang akan bergelar bapa.

Belajar Dukung Bayi
Buang perasaan takut untuk mengendong bayi kerana bimbang anda akan mencederakannya.Minta bantuan ibubapa anda atau bidan, kerana sebaik sahaja bayi dilahirkan bagi yang muslim anda perlu mengazan/atau mengiqamatkan bayi anda.

Bersikap Positif dan sentiasa beri sokongan moral pada isteri.
Wanita yang baru bergelar ibu biasanya akan mudah menjadi sensitif dan emosinya tidak menentu, jadi anda harus bersedia.Apa yang anda perlu lakukan ialah bersabar, memahami dan membantu mereka dikala bayi membuat karenah dan si isteri sudah tidak menang tangan melayannya.isteri baru bersalin juga perlukan rehat secukupnya untuk kembali sembuh.

Beri galakan supaya Isteri menyusui bayi
Ada sesetengah wanita yang enggan member susu badan kepada bayi jadi anda perlu member dorongan agar mereka menyusukan bayi dengan susu badan kerana ia baik untuk bayi dan isteri. Menyusukan bayi sendiri dapat mengelakkan kanser ovary, melangsingkan badan dan menjadikan bayi kuat antibodinya.

Belajar uruskan bayi
Belajar menukar lampin bayi, memndikan mereka dan melayan karenah mereka sekali sekali sekala.ianya penting sekiranya isteri tidak sihat atau masih lemah.Dengan cara ini anda tidak panik sekiranya isteri tiada di sisi atau bila isteri masuk kerja semula dan ada urusan anda boleh lakukan sendiri dengan yakin.

Belajar menerima orang baru
Lelaki yang baru bergelar bapa juga tidak terlepas dari tekanan.hidupa serta merta berubah kerana tidur anda tidak lagi lena.bayi akan kerap terjaga di tengah malam kerana mahukan susu.Kawal emosi apabila isteri lebih menumpukan kepada bayi lebih dari anda.fahamilah bahawa bayi anda baru lahir dan perlukan lebih perhatian. Dan jangan sesekali menjauhkan diri dari mereka kerana berasa rimas. Sedari akan tanggungjawab anda dan Insya Allah segalanya menjadi mudah.

Elakkan merokok

Walaupun anda seorang perokok dan belum dapat berubah,tapi jangan sesekali meroko di depan bayi atau hamper dengan mereka.Asap rokok boleh menjejaskan bayi mahupun insa n-insan di sekeliling anda. Jika boleh, cepatlah berhenti dari tabiat itu.

Sunday, January 11, 2009



KENALI SIFAT LELAKI MELALUI BENTUK BIBIRNYA

BIBIR LEBAR
-Suka aktiviti ekstrem, tidak berkira dari segi wang untuk mendapatkan sesuatu.Gemar keluar dan berkumpul bersama kawan-kawannya pada bila-bila masa.

BIBIR PENUH
- Banyak bicara, mudah didekati, mudah memperlihatkan kasihsayangnya, suka membelai.

BIBIR BULAT
-sangat peka, romantis dan amat memahami.

BIBIR TIPIS
-pemalu, penyanyang dan sangat peka pada perkara yang disukai oleh pasangannya.


MENGENALI JENIS DAN KARAKTER LELAKI

Lelaki berharga

lelaki yang tidak cemburu buta kerana cemburu itu lemah dan sifat itu melambangkan dirinya tidak berharga.


Lelaki Tulen

lelaki yang sedar hakikat dia djadikan sebagai lelaki. malahan dia juga bersikap dan berkelakuan sebagai seorang lelaki dan tidak terkeluar dari kategori lelaki sejati.


Lelaki berpendirian

seorang yang berpegang teguh pada kata-kata serta menunaikan janji-janjinya.


Lelaki sederhana

dia iaah seorang yang tidak meninggi diri dan tidak terlalu merendah diri.


Lelaki cerdik

adalah lelaki yang cepat dan mudah faham terhadap setiap kehendak dan kemahuan wanita tanpa perlu diberitahu.


Lelaki tabah
tidak mudah hilang akal apabila berhadapan dengan masalah. Malahan dia juga tidak bingung ataau kalut apabila berhadapan dengan situasi yang menekan, kesuntukan masa atau cemas.


Lelaki baik

tidak suka hidup berfoya-foya, taat kepada suruhan agama dan meninggalkan apa yang dilarang. Wanita sering mendambakan lelaki begini sebagai pasangan hidup.
..............................................................................................................................................................

RAHSIA TAHI LALAT DI BIBIR

1.Bibir Atas sebelah kanan - bijak dan murah rezeki.

2. Bibir Atas sebelah kiri - seorang yang baik hati , mudah didekati dan ramai kawan

3. Bibir Bawah sebelah kanan- amat disenangi dan disegani.

4. Bibir Bawah sebelah kiri- bijak berbicara dan tidak mudah mengaku kalah.

Sunday, January 4, 2009


PANDUAN TURUNKAN PANAS BADAN ANAK

Sebagai ibu bapa kita perlu memberikan perhatian yang lebih sekiranya anak diserang demam panas. Suhu badan yang tinggi ini perlu diturunkan segera dengan pelbagai cara antaranya:

* beri anak makan ubat ikut masa yang ditetapkan.

* tanggalkan pakaian anak, jangan pakaikan anak pakaian tebal / stoking apabila demam panas.

* ambil air dan lapkan ke badan anak.ulangi lap badan lebih kerap jika panas masih tinggi terutamanya di bahagian ketiak mereka.

* pasang alat pendingin udara atau kipas dengan suhu sederhana supaya wap panas keluar

* Berikan mereka banyak minum air putih untuk menstabilkan suhu badan dan memberi mereka tenaga.

* galakkan mereka mandi dengan air suam.

KOMPLIKASI DEMAM

- Otak kanak-kanak yang belum matang boleh menyebabkan ia mudah tercedera dan boleh menjejaskan tumbesaran.

- tempoh demam yang dihidapi seseorang banyak bergantung kepada punca.

- bagi demam, selsema atau lebih dikenali sebagai demam biasa , bagi kebanyakan individu, tempoh demam tidak lebih daripada antara 3-4 hari.

- sekiranya demam melebihi dari tempoh itu, pesakit dinasihatkan supaya berjumpa doktor.