Thursday, January 29, 2009

Taman Rama-rama Kipandi
Pada 23 hb Disember 2008 lalu, aku dan suami serta Aleeya singgah melawat ke Taman Rama-rama Kipandi yang terletak di KM35 Jalan Kota Kinabalu- Keningau. Taman ini berada di dalam kawasan Kampung Moyog, Penampang.

Taman ini merupakan milik persendirian seorang usahawan berbangsa Dusun, anak jati Kampung Moyog.Bayaran masuk ke taman ini ialah RM10 bagi dewasa. Kanak-kanak seperti Aleeya percuma.Anda perlu mendaki banyak anak tangga untuk melihat taman rerama, ini kerana bentuk muka bumi di kawasan ini berbukit-bukit( di lereng Banjaran Crocker).

Nasib kami agak kurang baik kerana kami tiba di taman ini ketika hujan gerimis.Rama-rama tidak suka terbang ketika hujan walaupun hanya hujan gerimis yang sedikit.Kami hanya dapat melihat beberapa spesis sahaja seperti Rajah Brooke.Warnanya hitam berbelang putih.Kami juga berpeluang melihat kepompong dan ulat beluncas dari spesis yang besar.terdapat juga bilik pameran yang meletakkan haiwan yang menjadi pemangsa kepada rerama seperti mentadak, sesumpah dan gonggok rasaksa.

Selain melihat rerama, kami juga dapat melawat taman Orkid Liar. Di taman ini ada juga terdapat spesis periuk kera dan tumbuh-tumbuhan hutan lain seperti tanduk rusa dan keladi liar yang agak sukar ditemui.
Berhampiran taman rama-rama terdapat bilik pameran yang menyimpan pelbagai spesis rama-rama dari pelusok dunia, spesis serangga, labah-labah dan gonggok yang telah diawet.

Ada juga aktiviti melihat serangga di waktu malam di taman ini.Sebidang skrin putih di letakkan di hujung taman yang dipasang lampu untuk menarik perhatian serangga hutan datang.Pokoknya taman ini menyediakan pelbagai perkara berbentuk ilmiah kepada pengunujungnya.Sesiapa yang berminat datanglah ke taman ini!

No comments: