Tuesday, August 25, 2009

Rainbows around the world....

LIDAH KITA, KESIHATAN KITA

Menurut Dr Jordan S. Josephson dari Lenox Hill Hospital, New York yang juga penulis Sinus Relief Now, dengan hanya membuka mulut dan menjulurkan lidah, doktor mampu membuat jangkaan awal penyakit yang dihidapi.

Lapisan Putih
Lidah yang diselimuti lapisan putih dan lekat memnadakan adanya bakteria yang sedang membiak. jika jangkitan bakteria telah diubati, lidah pun kembali ke warna asalnya, merah jambu sihat.



Berwarna gelap
ianya berkaitan dengan pemakanan, minuman, pengambilan antibiotik atau ubat sakit tekak yang sering anda ambil

Ulser
banyak perkara boleh menyebabkan ulser, sama ada anda kekurangan vitamin C atau tergigit lidah. Namun masalah itu akan hilang dalam 10 hari.Tetapi jika berlarutan , perlulah berjumpa doktor kerana ini adalah gejala awal kanser mulut.

Kelihatan Berambut
ianya disebabkan jangkitan bakteria, pengambilan antibiotik atau mulut yang terlalu kering.


Ramadhan Al Mubarak

Kepada seluruh muslimin dan muslimat dimana jua berada, selamat menunaikan Ibadah puasa dan menyambut Ramadhan dengan hati yang suci murni...ramadhan datang maknaye dah stahun aku berblog..mula-mula buat blog Ramadhan tahun lepas...Happy School Holiday juga buat murid-murid and cikgu-cikgu..!

Monday, August 3, 2009



Happy Birthday to My Beloved Husband..

May Allah always bless you and our marriage...there's nothing I can say because you already knew my heart...almost five years you always by my side and we always believe that trust and faith are the main cellar in our relationship...



Ketahui keperibadian wanita melalui WARNA


KUNING

sikap positif, optimis, periang, senang bergaul dan suka menolong kerana berasakan tugas menolong orang adalah suatu kewajipan. Wanita penggemar warna ini tidak suka meremehkan /memeperkecilkan seseorang sekalipun individu itu kurang sempurna.



BIRU

tergolong dalam kelompok pemurung dan sering bertindak pasif dalam segala perkara. tetapi mereka selalu menyenangkan orang disekeliling keran mereka mencipta ketenangan dan ketenteraman. Namun, dek kerana sikap pasif mereka, penggemar warna ini selalu mendapat kesusahan dalam pergaulan. dalam bercinta mereka bijak menyembunyikan perasaan.



MERAH

sikap berwibawa, sering membantu golongan & teman-teman yang lemah. walaupun sering bergaul namun mereka bijak mejaga hati orang sekeliling. Ramai lelaki yang melafazkan cinta kepada golongan ini tetapi mereka bukan jenis yang mudah jatuh cinta.

PUTIH

sempurna, anggun, sifat idealis bermoral tinggi, tidak angkuh dan suka menolong orang..

HITAM

lincah, selalu tampil bergaya, jika berada dalam lingkungan yang tidak disukai, mereka boleh mejadi murung.



HIJAU

Sangat romantik, mencintai keindahan dan menyukai alam bersuasana sejuk. Mereka juga bijak dan berpegang kukuh pada prinsip, mengidankan lelaki yang penuh toleransi dan boleh dipercayai.



UNGU

wanita yang luar biasa, tiada keraguan dalam menhadapi masa depan, bijak dan mengikuti perkembangan zaman. hanya lelaki yang kuat mental dan pintar sahaja yang boleh mendekati mereka.

Tuesday, July 21, 2009


Baby!

Tahniah kepada sahabatku widiya & syah atas kelahiran putera sulung korang pada 7 Julai 2009 lalu. sebagai menghormati sahabatku ini yang juga ada blog sendiri jadi biarlah dia sendiri yang publish kan foto Ammar Zuhair (salah eja jgn marah ye!). semoga hidup kmu bertambah ceria dan gembira dengan adanya Ammar.Dya, jaga diri 6 month ni tak payahle diet dulu,.biarkan Ammar dapat nutrisi secukupnya.

Thursday, June 25, 2009

KALAULAH ADA MACAM NI...

kalaulah ada jalan raya macam ni aku rasa JKR pun tak sanggup nak kerja...hehe


yang ni macam filem Harry Potter pulak, ala-ala sajalah..



macam satu kampung kena taufan je...

Macam-macam boleh dibuat zaman canggih sekarang...seni pun melalui proses transformasi& evolusi...hasil seni yang pelik tetapi unik & cantik...

tapi yang ini jugalah yang membuat lidahku kelu tak terkata..
.
. TRANSFORMERS...!

Sunday, June 14, 2009

Keajaiban kuasa Ilahi

lihatlah panorama indah yang jarang sekali dapat kita lihat...


PENGHIJRAHAN ARMADA IKAN PARI



Bagai dedaun yang terapung-apung di tengah lautan,
beribu-ribu Ikan Pari kelihatan berkumpul di lautan Mexico.


Kejadian yang memukau ini dirakam ketika
armada makhluk-makhluk ini melakukan penghijrahan.

Dengan meluncur di bawah ombak,
ia mengubah lautan biru menjadi kuning keemasan.

Seorang jurugambar amatur, Sandra Critelli merakam foto indah ini.

Katanya,
“Seperti lukisan… permukaan air seperti dipenuhi
dedaun musim luruh yang melayang ditiup angin. “

Bismillahirahmanirahim...

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi
serta segala yang Dia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata dan

Dia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Dia kehendaki (melakukannya).”

(Asy-Syura 42:29)

sumber: laman web alaf21