Tuesday, December 1, 2009

Makan-makan di DZ Nature Resort, Papar


Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu (19 hb Oktober 2009), kami sekeluarga berbuka puasa di sebuah resort yang agak baru kerana baru dibuka pada bulan Disember 2008 iaitu DZ Nature Resort yang terletak di jalan Kimanis-Keningau. Kunjungan ini adalah atas pelawaan abang ipar yang telah lama mengikuti perkembangan pembinaan resort ini. Sesuai dengan statusnya yang masih baru, nama resort ini masih kurang dikenali ramai.

Suasana resort yang agak tenang dan jauh dari kesibukan kota amat sesuai untuk merehatkan minda..

bergambar di lobi resort yang mesra keluarga...

Kedudukannya yang berada berhampiran dengan kawasan Taman Banjaran Crocker amat menarik dan memilki kehijauan alam semula jadi yang menenangkan..

No comments: