Friday, September 26, 2008

Resipi

Sambal udang petai

bhn-bhn:

500gm udang
30 ulas isi petai
1 labu bawang besar (potong gelang)
1/2 cawan jus asam jawa
3 sudu besar tomato
minyak
garam
gula

bhn mesin:

20 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

cara membuat:

-panaskan minyak dan tumis bahan mesin hingga naik minyak
-masukkan jus asam jawa dan tomato.kacau rata dan biar sehingga naik minyak
-masukkan udang, petai, bawang besar, garam dan gula.masak hingga pekat dengan api kecil.
-apabila sudah pekat bolehlah diangkat dan hidangkan.
Kek coklat lebih berkilat

bagi mendapatkan kek colklat yang cantik berkilat mudah saja, semasa mencairkan coklat masakan, masukkan lebih kurang sesudu mentega untuk menjadikannya berkilat sebelum disapu pada permukaan kek.pasti kek anda kelihatn cantik berkilat dan enak dimakan.

Acar timun rangup

Acar sering dijadikan juadah di hari raya bersama nasi beriani.bagi mendapatkan timun yang rangup, hirisan timun hendaklah direndam dalam air garam selama setengah jam sebelum bahan lain seperti lobak dan bawang dicampurkan bersama air gula dan cuka secukup rasa.

Friday, September 19, 2008

Elak buah jadi lebam

Buah memang enak dimakan tetapi buah mudah menjadi lebam jika dibiarkan terdedah terutamanya epal.Anda boleh merendam buah yang telah dipotong dengan air yang bercampur garam ataupun perahan limau nipis.selain itu, anda juga boleh sapu pisau dengan limau nipis sebelum memotong buah!

Friday, September 12, 2008

Petua

Di samping ubat-ubatan kita juga boleh amalkan petua orang dulu-dulu.Jom tengok petua apa yang ada hari ni

Hilangkan Parut Jerawat
Jerawat memang semua orang tak suka, jangan risau cara nak hilangkan parutnya ialah..,ambik daun lidah buaya (aloe vera), potong dan ambik lendirnya sahaja .lepas tu sapukan di muka seperti masker.Biarkan selama 20 minit.amalkan selalu 2 kali sminggu.Insya Allah hilanglah parut tu.

Ikan Tak Melekat Di Kuali
Pada sesiapa yang nak goreng ikan tu bolehlah amalkan petua ni.Ambik asam keping 1 atau 2 keping dan letaklah dalam minyak sebelum menggoreng.

Tawau

selamat menyambut bulan ramadhan,sama-samalah kita membanyakkan amalan ibadah kita di bulan yang mulia ini.hari ni da hari ke 12 kita berpuasa.istimewanya kita di malaysia ni apa lagi kalau bukan kemeriahan baazar ramadhan.sekarang ni saya berada di bandar Tawau,ikut suami ada tugasan di sini.
Semalam kami makan di Tom Yam Utama dekat dengan terminal bas.Menu yang menjadi kegemaran kami sekeluarga terutamanya Ikan masak masam manis, tom yam seafood, abc dan ikan masak 3 rasa(pedas,masam &manis).Harga menu berpatutan, ikan boleh di pilih sendiri oleh pelanggan dan mengikut berat( terkini:RM 4 setiap 100gm).amacam apa tunggu lagi pada siapa yang berkunjung ke bandar Tawau singgahle..
Nak cari penginapan di bandar Tawau ni tidaklah susah, ada banyak hotel di bandar ni.sekarang saya menginap di hotel Belmont Marcopolo.Lokasinya strategik di tengah-tengah bandar.Staf hotel juga ramah dan yang bestnya hotel ni ada parking yang luas.haa itu yang penting, tak payah pening cari parking!Jom jalan-jalan!
KELEBIHAN TARAWIKH...

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."